Artikel

4 Projek Ain Maisarah Yang Anda Boleh Sertai

oleh Huzaifah Abd Jamil pada 11 Aug 2016

Anak-anak remaja, tidak sah kalau tidak cuba-cuba untuk berlagak seperti orang dewasa. Oh, maaf, sebenarnya lebih kepada sifat ingin tahu dan mencuba benda-benda baru.

Bagaimana kalau saya cadangkan, kita sertai projek-projek ini?

 

1. Projek Diet Ain Maisarah

Pelbagai misi Syuhada lakukan bagi merealisasinya impiannya untuk menguruskan badan. Pelbagai perkara menarik dan mencuit hati sepanjang misinya berjalan.

Antaranya adalah minum jus lemon sehingga terlebih dos, berlagak seperti anak orang kaya dengan menggunakan mesin senaman percuma, menahan makan walaupun makanan yang lazat terhidang di depan mata termasuk menyoal siasat makcik kantin mengenai tahap kolesterol setiap hidangan.

 

2. Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah

Malunya tidak terperi, memang merah pipi! Mana hendak diletak muka lagi? Di Sekolah Sri Bangsar, tingkatan 4D diumumkan sebagai kelas terkotor selama lima kali berturut-turut. 4D kini diberi jolokan ~ Tingkatan 4 Daki. Alisha selaku ketua tingkatan, terpaksa naik pentas dan menerima hadiah penyapu tanda sindiran!

Akibatnya, guru kelas mahu membatalkan rombongan tahunan. Ugutan tersebut membuatkan Alisha berusaha menyatukan rakan-rakan mentransformasi bilik darjah!

 

3. Projek Cupcake Ain Maisarah

Siapa tidak stres apabila masuk ke Sekolah Sri Bangsar dan disabotaj dengan ganas? Paling menekan perasaan Nurul Saleha, segala sabotaj itu dirancang sendiri oleh sepupunya, Malisa!

Mujur blog Ain Maisarah, penulis novel remaja itu menjadi penawar hati. Terinspirasi dari blog itu, timbul minat Nurul Saleha untuk membuat cupcake.

Malisa semakin cemburu dan sakit hati! Kini produk cupcake buatan Nurul Saleha pula jadi sasaran. Tekanan demi tekanan menimpa, mampukah Nurul Saleha memenangi peperangan dengan sepupunya sendiri di Sri Bangsar?

 

4. Projek Fesyen Ain Maisarah

Mengisahkan watak utama, Nur Haness yang mahu tampil dengan penampilan gaya muslimah sempena Minggu Keseniaan dan kebudayaan Islam di Sekolah Sri Bangsar. Nur Haness menjadikan blog penulis pujaannya, Ain Maisarah bagi menjalankan eksperimen dalam berfesyen gaya Muslimah bagi merebut hadiah utama pertandingan, berupa tiket penerbangan ke Dubai sempena Minggu Fesyen Islam.

Pelbagai dugaan dan halangan yang menguji kesabaran Nur Haness dengan taktik kotor Cik Pah dan rakan-rakan bagi menggagalkannya dalam pertandingan itu.

 

4 Projek diatas diambil dari buku Ain Maisarah yang berharga RM 18.00 sahaja. Berita baik kepada semua pembaca, 4 buku ini telah diberikan diskaun sebanyak 50% sempena Jualan Gudang PTS yang diadakan di Batu Caves, Selangor. Kesemua buku ini sekarang berharga hanya RM 9.00 sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk datang ke Jualan Gudang PTS sehingga 9 September ini sahaja.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024