Artikel

5 Buku PTS Terbitan 2018 Yang Wajib Anda Baca

oleh Asri Yussof pada 24 Jun 2018

1. Rich Dad Poor Dad - Edisi Ulang Tahun ke-20

Rich dad poor dad

Pengurusan kewangan adalah satu bab yang penting dalam hidup kita. Robert T. Kiyosaki adalah antara penulis yang konsisten mengajarkan kepada semua pembacanya tentang kepenting ilmu kewangan dan sistem pendidikan di sekolah yang tidak mengajar ilmu kewangan.

Buku Rich Dad Poor Dad diterbitkan semula sempena ulang tahun yang ke-20 penerbitan buku ini. Robert Menghapuskan mitos yang menyatakan kita perlu memiliki pendapatan tinggi untuk menjadi kaya – terutama dalam dunia di mana teknologi, robot dan ekonomi global mengubah peraturan dunia.

2. Sejarah Umat Islam (Edisi Kemas Kini)

Sejarah Umat Islam HAMKA

Banyak kata-kata popuar yang mengungkapkan tentang sejarah, antaranya “Siapa yang tidak tahu sejarah, dia akan terjatuh ke dalam lubang yang sama untuk kali ke dua” atau “Sejarah ditulis oleh mereka yang menang.”

HAMKA dalam menulis buku ini begitu cermat sekali dan tidak bias dalam menilai sejarah. Beliau menulis dan memberi penghormatan kepada pembaca untuk menilai sendiri. Malah, kebanyakan buku sejarah sering mengenepikan sejarah Islam di tanah melayu, tetapi tidak bagi HAMKA.

Sebagai seorang ulamak Melayu yang berasal dari tanah Minangkabau, HAMKA memuatkan sejarah perkembangan Islam di Nusantara. Termasuk Aceh, Riau, Samudra-Pasai, Jawa, Melaka dan Johor.

3. The Speed Reading Book

The Speed Reading Book Tony Buzan

Seorang pelajar sekolah membaca berbeza dengan cara seorang guru membaca. Cara seorang ahli politik membaca berbeza dengan cara seorang wartawan berita membaca, dan cara seorang pemikir membaca berbeza dengan seorang pelukis.

Dalam buku ini, Tony Buzan menulis kepada kita tentang POTENSI. Potensi kita untuk memperbaiki kadar kepantasan membaca kepada dua kali ganda lebih pantas berbanding sekarang, dan kemudian mencapai kadar 1000 perkataan seminit. Tony menghasilkan buku ini selepas hasil latihan dan kajian selama lebih 50 tahun dalam bidang ini.

4. Komik Misi 4 Flat X

Misi 4 Flat X

Sebelum ini, komik Misi 4 Flat berjaya menduduki tempat pertama naskah yang paling banyak terjual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada tahun 2015. Permintaan yang tinggi dari peminat Nazri dan Afiq Salam yang mengikuti siri ini sejak komik Misi 8A diterbitkan lagi.

‘X’ pada judul komik ini mempunyai dua maksud. Pertama, ‘extended’, iaitu komik ini memaparkan lanjutan kisah hidup Mat daripada komik Misi 4 Flat. Kedua, anda akan tahu sendiri sesudah membaca komik yang merungkai banyak misteri ini. Ini adalah #thelastmisi bagi Mat dalam plot utama MCU (Misi Comical Universe).

5. Ulama Hadis: Makhluk Asing dari Bumi

Ulama Hadis: Kamilin Jamilin

Banyak buku-buku tentang hadis di pasaran membincangkan tentang hadis itu sendiri. Tetapi dalam buku ini, Dr. Kamilin Jamilin membawa kita menyelami Lebih 70 kisah-kisah luarbiasa tetapi benar tentang ulama-ulama yang telah menjadi perawi dalam setiap hadis yang kita baca.

Ulama hadis adalah ulama yang paling ‘tough’. Sebab mereka dinilai dari segenap segi untuk menjadikan mereka betul-betul layak menyampaikan hadis. Penilaian kepada hadis ini sahih atau tidak, benar atau palsu, semuanya bergantung kepada akhlak para perawi hadis.

Pernah kita dengan tentang kisah ulama hadis menjelajah dari satu negeri ke satu negeri untuk mencari perawi bagi mendapatkan sepotong hadis. Apabila beliau sampai di satu kampung, beliau lihat ulama itu bersama untanya untuk memberi makan. Dalam tangan ulama itu tidak ada makanan, tetapi beliau menipu unta untuk ikut arahannya bagi mendapatkan makanan. Disebabkan perkara itu, beliau tertolak menjadi perawi hadis kerana akhlaknya.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024