Artikel

BANTU DIRI: 5 Perkara Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Membantu Seseorang Yang Mempunyai Kemurungan

oleh Asri Yussof pada 15 Dec 2018

Kemurungan ada banyak sifat: kesedihan berpanjangan, merasa diri tidak berfaedah atau perasaan benci diri, perubahan selera makan, masalah tidur dan tidak bermaya atau kurangan tenaga. Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun lepas, 29 peratus rakyat Malaysia mengalami depresi dan gangguan kecelaruan berbanding 12 peratus pada 2011.

Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Tan Sri Lee Lam Thye berkata “Depresi atau kemurungan akan menjadi penyakit kesihatan mental utama dialami rakyat Malaysia menjelang 2020 susulan semakin ramai orang dijangka mengalami peningkatan stres akibat tekanan kerja dan keluarga” - metro

Ini 10 langkah yang boleh anda lakukan untuk membantu rakan-rakan anda yang mempunyai masalah kemurungan- dikongsikan oleh huffpost.com

1. Dengar tanpa cuba “membetulkan” apa-apa

Cuba elakkan daripada menjadi orang yang memberi penyelesaian, memberi tazkiran atau kita berongsi perasaan kita “aku pun dulu macam ni jugak.” Memberi empati mungkin yang terbaik yang boleh anda lakukan- mereka akan ingat dan hargai perbuatan kita.

2. Bantu menguruskan kerja-kerja rumah

Pergi kerumah mereka, basuh pakaian supaya mereka boleh salin baju dan memakaian yang bersih. Cuci pinggan mangkuk di dalam sinki dan menyediakan mereka makanan, atau belanja mereka makan di luar supaya mereka berasa gembira ada yang memberi perhatian. Biarkan mereka merasa tenang dan tidak serabut.

3. Beri tawaran untuk membantu dalam perkara khusus dan bukan bertanya secara umum

“Jangan kata, ‘Ada apa-apa yang saya boleh lakukan untuk membantu?’ Ia adalah satu perkara yang baik untuk mengatakan, tetapi ramai yang membencinya. Orang yang dalam kemurungan tanpa berfikir panjang akan menjawab ‘Tidak saya baik’ - kerana mereka tidak mempunyai keinginan untuk menyatakan keperluan mereka atau membuat pilihan.

4. Hantar teks cepat atau DM lucu untuk memberitahu yang anda memberi perhatian kepada mereka

Mungkin ada orang yang tidak suka dengan cara ini, tetapi percayalah bila orang yang sedang kemurungan, apa yang mereka perlukan adalah sedikit hiburan untuk senyum. Tapi ingat, jangan buat-buat nampak ‘fake’, mereka akan rasa lebih menyampah dengan teks yang anda hantar.

5. Jangan ambil hati apabila apa yang anda usaha untuk lakukan tidak dapat apa-apa reaksi dari orang yang sedang murung

Jangan kita letakan diri kita sama seperti mereka. Mereka yang berlawan dengan kemurungan adalah mereka sedang sakit. Jangan ambil hati apabila apa yang anda buat tidak mendapat reaksi dari mereka. Mungkin mereka memerlukan sedikit ruang- jangan paksa. Berikan mereka ruang dan dekati dengan perlahan-lahan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024