Artikel

5 Perkara Penting Untuk Melawat 12 Bandar Besar Di Eropah Dengan Bajet Kurang RM 6000

oleh Siti Munira Abdul Rashid pada 01 Sep 2016

Eropah adalah sebuah benua yang terdiri daripada 50 buah negara. Antara negara yang terkenal di benua Eropah ini adalah seperti United Kingdom atau nama singkatannya UK (England, Wales, Scotland, North Ireland), Perancis, Jerman, Belanda, Italy, Switzerland, Sepanyol, Portugal, Poland, Republik Czech, Rusia, dan banyak lagi.

Kesatuan Eropah atau European Union pula terdiri daripada 28 buah negara dalam benua Eropah, termasuklah United Kingdom. Hampir semua negara ini menggunakan Euro (€) sebagai mata wang,

Kecuali sembilan negara, iaitu Bulgaria, Croatia, Czech Republik, Denmark, Hungary, Poland, Romania, Sweden, dan juga United Kingdom yang masih mengekalkan mata wang negara masing-masing.

Baca lagi, Penggembara di Bumi Bersejarah

Berikut merupakan tips yang dapat dikongsikan di bumi Eropah ini serta negara-negara lain.

Negara

1. Negara Mana Yang Ingin Dikunjungi?

Langkah yang paling penting adalah kenal pasti negara mana yang ingin kita kunjungi, dan apa tujuan kita mahu ke sana. Contohnya mahu tengok Eiffel Tower di Paris, mahu tengok bunga tulip dan kincir angin di Amsterdam, ataupun mahu merasa salji dengan main ski di pergunungan Alps, dan sebagainya lagi.

 Kereta

2. Pilihan jenis pengangkutan

Sewa kereta lebih menjimatkan jika mengembara sekeluarga atau dalam kumpulan kecil antara empat hingga lima orang.

Contohnya, untuk kita bergerak dari Frankfurt ke Amsterdam, harga tiket kapal terbang adalah sekitar €230 untuk seorang dan pergi balik. Tiket kereta api pula adalah €198 untuk seorang pergi dan balik.

Bagi kereta pula, kita boleh sewa kereta untuk ke Amsterdam pergi dan balik selama tiga hari hanya €80. Kos minyak pula sekitar €70.

Kos keseluruhan adalah €150 sahaja. Sekiranya dibahagikan kepada empat orang, maka seorang baru berjumlah €37.50. tiada tol yang harus dibayar di antara Jerman, Brussel, dan juga Holland.

Lebih untung, bukan?

 Insurance

3. Insurans Perjalanan

Kos insurans tidaklah terlalu mahal sekitar RM150 hingga RM200 sahaja bergantung kepada umur dan jumlah hari kembara kita. Kebiasaannya, insurans ini akan melindungi kita dari pelbagai jenis kecemasan.

Contohnya, pembatalan atau penangguhan penerbangan, kehilangan bagasi, perubatan dan kecederaan, dan juga pemindahan perubatan di mana sekiranya kita perlu dihantar pulang ataupun dipindahkan dari satu hospital ke hospital yang lain, dan sebagainya.

Kebab

4. Bekalan Makanan

Sekiranya di negara lain seperti Perancis, Jerman, dan Belgium, maka bolehlah belajar makan kebab setiap hari. Kebanyakan kiosk atau kafe kaum Turki menjual kebab dengan harga sekitar €2.00 hingga €3.00 sahaja dan cukup mengenyangkan.

Untuk menjimatkan kos, bawa makanan segera tetapi jangan terlalu banyak.

Anggaplah hanya 30 peratus daripada makanan kita untuk keseluruhan trip adalah dari bekal. Selebihnya, kita beli dan makan apa yang kita temui. Contohnya trip kita 10 hari didarab dengan tiga kali makan sehari, maka jumlah pemakanan kita adalah 30 kali. Jadi, untuk bekalan tadi hanya sembilan kali makan.

 Hostel

5. Penginapan

Untuk penginapan yang menjimatkan, anda boleh memilih hostel dengan kadar sekitar €15 hingga €30 untuk satu malam. Malah, kedudukannya terletak di tengah pusat bandar.

Kebanyakan hostel menyediakan bilik mandi dan tandas asing sekiranya kita menyewa bilik asrama 6 orang hingga 12 orang. Sekiranya ada satu kumpulan berdua, bertiga, berempat, ataupun berenam,

Maka boleh sewa bilik yang memuatkan keseluruhan tim. Kebanyakan bilik asrama yang kecil menyediakan bilik mandi dan tandas sendiri yang tidak perlu di kongsi dengan orang luar.

Hanya kurang dari RM6000 seorang, kita boleh melawat hampir 12 bandar besar di Eropah seperti Paris, Berlin, Prague, Geneva, Barcelona, Madrid, Rome, Milan, Venice, dan banyak lagi.

Backpackers

Dengan syarat, kita mesti menjadi backpackers dan mestilah tahan lasak. Ataupun kita datang secara berkumpulan seramai empat hingga lima orang, dan sewa kereta bagi memandu sendiri ke semua bandar-bandar itu.

Untuk tip kembara selanjutnya ke Eropah ini, pembaca bolehlah dapatkan buku “I’m a Backpacker: Europe”.

Dapatkan, I’m A Backpacker Europe di sini

I'm Backpacker Europe

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024