Artikel

50% - 70% daripada komunikasi datangnya daripada BAHASA BADAN

oleh Asri Yussof pada 22 Nov 2018

Jika tugas harian kita banyak bertemu orang untuk menguruskan mesyuarat atau untuk merangka strategi syarikat, kita wajib untuk belajar memahami maksud disebalik pergerakan anggota badan seseorang (Body Language).

Bahasa tubuh merujuk kepada isyarat nonverbal yang kita gunakan untuk berkomunikasi. Menurut pakar, isyarat nonverbal ini membentuk sebahagian besar komunikasi harian. Dari ekspresi muka ke pergerakan badan adalah perkara yang boleh menyampaikan maklumat.

buku pts

Air muka seseorang bahkan dapat membantu menentukan untuk kita percaya atau percaya apa yang dikatakan oleh individu itu. Satu kajian mendapati bahawa ekspresi wajah yang paling boleh dipercayai adalah sedikit senyuman dan menggerakkan kening sedikit (Bahasa ini adalah bahasa keramahan dan keyakinan).

Penulis buku The Definitive Book of Body Language, Allan & Barbara Pease memberitahu; 50% - 70% daripada komunikasi yang terjalin datangnya daripada bahasa badan, bukannya daripada kata-kata yang diucapkan? Sayangnya masih sedikit dalam kalangan kita yang menyedari betapa gerakan fizikal sebenarnya menyampaikan mesej yang tersirat.

Menerusi buku The Definitive Book of Body Language ini, pembaca berpeluang mempelajari:

- Bagaimana tapak tangan dan jabat tangan mampu mengawal seseorang.

- Isyarat bahasa badan Si Penipu

- Isyarat rahsia menerusi rokok, kaca mata, dan solekan wajah

- Magik di sebalik senyuman wanita

Buku ini penuh dengan fakta-fakta menarik, diselang-selikan dengan humor serta strategi yang boleh diamalkan, ternyata buku ini bukan sahaja mampu mengukuhkan skil komunikasi pembaca, malah memahami individu lain serta diri sendiri.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024