Artikel

Komik Misi Terbang Tinggi karya Afiq dan Nazry Salam Akan Dilancarkan di Karnival Buku Keningau

oleh komik-m.com pada 13 Oct 2017

Kuala Lumpur - Komik terbaru terbitan Komik-M iaitu Misi Terbang Tinggi #1: Aviasi Fantasi  karya Afiq dan Nazry Salam akan dilancarkan di Karnival Buku Keningau pada 23 Oktober 2017 ini di Perpustakaan Wilayah Keningau.

Misi Terbang Tinggi

Komik Misi Terbang Tinggi pada kali ini membawa mesej untuk berjaya dan bercita-cita tinggi. Ramai orang mempunyai impian yang melangit tinggi. Begitu juga dengan Hadi dan Aidil. Impian mereka memang tinggi, mahu terbang bebas mengembara melihat dunia.

Sesuatu yang mungkin cuma fantasi pada orang lain, tetapi tidak bagi mereka berdua yang gigih berusaha menjadikannya realiti!

Karnival Buku Keningau dijadualkan berlangsung bermula pada 22 Oktober ini sehingga 29 Oktober 2017 di Perpustakaan Wilayah Keningau. Acara ini dianjurkan oleh PTS Media Group dan Sandapak Bookshop dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Keningau, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Perpustakaan Negeri Sabah dan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP).

Karnival Buku Keningau

Afiq dan Nazry Salam adalah dua beradik yang popular menghasilkan komik-komik dengan jenama Komik Misi. mereka berdua sudah bergabung bersama sejak 2010 dan sudah menghasilkan lebih daripada 10 buah komik bersama Komik-M.

Karnival Buku Keningau

Komik mereka sebelum ini, Misi 4 Flat telah menjadi komik nombor 1 yang terjual paling laris di Pavilion PTS sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015. Kini, siri Komik Misi sudah menubuhkan syarikat mereka sendiri yang diberi nama Skuad Misi untuk memperbanyakkan lagi komik-komik yang bermutu tinggi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024