Artikel

I’m A Backpacker Turkey Untuk Mereka Yang Kaki Jalan

oleh Puteh Press pada 05 Oct 2017

Buku siri I’m A Backpacker sudah memasuki buku yang ke-6 dengan terbitnya I’m A Backpacker Turkey yang ditulis oleh Shafiq Shafie. Sebelum ini, siri ini telah berjaya menerbitkan backpacker ke Korea, Eropah, German, United Kingdom dan Jepun. Semuanya ditulis oleh penulis-penulis yang berlainan mengikut pengalaman penggembara masing-masing.

Banyak perkara yang dimuatkan di dalam buku ini yang memudahkan para penggembara dan mereka yang suka berjalan, lebih-lebih lagi kepada mereka yang sudah lama bermimpi untuk pergi ke Turki.

I'm A Backpacker Turkey

Untuk makluman semua, buku ini bukanlah sejenis buku berbentuk travelog iaitu penulis menulis kembali pengalaman penggembaraan mereka. Tetapi buku ini adalah buku yang penuh dengan info, maklumat dan tips yang khusus untuk mereka yang merancang untuk pergi menggembara ke Istanbul, Konya, Anatolia dan tempat-tempat menarik lain yang ada di Turki.

I'm A Backpacker Turkey

Shafiq Shafie memuatkan 5 bab kesemuanya di dalam buku ini, bermula dengan perkara asas yang perlu kita tahu tentang Turki seperti bahasa, matawang dan pengenalan kepada Istanbul. Bab ke-2 pula info tentang musim-musim di Turki. Sejarah Turki, Survival Skill dan trip menjelajah Turki dalam bab yang ke-5.

MENARIK: Kini Semua Orang Lebih Mudah Untuk Menggembara di Turki

Istanbul

Dalam bab ke-5 ini mungkin pembaca akan lebih teruja, sebab kita mungkin akan tersenyum keseorangan berangan yang kita sedang menjelajah pusing-pusing semua bandar-bandar di Turki. Daripada kawasan Sultan Ahmet di Istanbul sehinggalah ke Istanbul Eropah, penulis memuatkan maklumat untuk pembaca.

KLIK DI SINI Untuk Membeli Buku I’m A Backpacker Turkey

Shafiq Shafie berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Biomedical Engineering daripada Universiti Erciyes, Kayseri, Turki. Bekerja sambilan sebagai Research Officer di Jejak Uthmaniyyah Tour & Consultant di Turki.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024