Baca @ Ramadan: Menyuntik Semangat Jihad dalam Art of Deception

oleh [email protected]y pada 06 Jul 2012

Sebuah buku yang membongkar penipuan Amerika Syarikat di sebalik masyarakat dunia tidak menyedarinya lantas mempercayainya keseluruhannya. Karya Jerry D. Gray, seorang bekas perajurit Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) dilihat mampu membuka mata pembaca dalam siri penipuan yang melanda dunia berabad lamanya ini.

Penulis juga membongkarkan kegiatan yang tersembunyi yang dilakukan oleh golongan Freemanson yang mendapat sokongan dan merupakan golongan yang amat berpengaruh dalam melakukan apa jua keputusan dan berkuasa dalam menentukan keputusan yang di inginkannya.

Buku setebal 310 muka surat ini dilihat sedikit sebanyak dapat menjelaskan siapa sebenarnya dalang yang cuba menguasai dan merubah dunia dengan cara yang begitu sulit sekali. Dengan persediaan menunggu kedatangan Dajjal, terdapat juga golongan tertentu yang cuba mencipta pelbagai konspirasi demi meraih kepentingan dan keuntungan.

Buku Art Of Deception terbitan PTS Islamika di antara buku best seller sewaktu di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Dapatkan segera di pasaran.