Artikel

Ain Maisarah Anjur Perjumpaan Tahunan Raikan Peminat

oleh Roziyah pada 14 Nov 2011

Bagi menghargai peminat Ain Maisarah yang tidak putus-putus menyokong usaha penulisan beliau, Ain Maisarah membawakan Perjumpaan Tahunan Peminat Ain Maisarah bermula dari 26 hingga 28 November 2011 ini.

Majlis perjumpaan yang berlangsung di Banglo Ukhwah, Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur ini membawakan pelbagai aktiviti menarik khas buat peminat setia Ain Maisarah.

Antara aktiviti menarik yang disediakan termasuklah sesi make over dan photoshoot, penampilan istimewa Fasha iaitu ketua kumpulan The Wannababes, Sesi persembahan magis oleh 2 orang penulis, pameran dan jualan lebih 1000 judul buku PTS, Ceramah rahsia penulisan oleh Ain Maisarah, Kuiz dan aktiviti bagi memenangi buku serta makan dan minum di cafe pink Ain Maisarah.

Perjumpaan Tahunan Ain Maisarah ini terbuka kepada semua peringkat pembaca. Masuk adalah percuma. Pelbagai hadiah menarik menanti pengunjung bertuah di Banglo Pink Ain Maisarah. Layari https://www.facebook.com/event.php?eid=201658816548427 vagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024