Artikel

Aku Lebih Rela Menusuk Pedang Ke Tubuhku Daripada Melihat Tanah Palestin Dikhianati

oleh Huzaifah Abd Jamil pada 14 Aug 2016

Ucapan dibawah diucapkan oleh Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1900, dipetik dari novel Abdul Latip Talib, Sultan Abdul Hamid II

“Wahai Tahsin, sampaikan pesanan beta ini kepada Herzl. Nasihatkan dia supaya jangan meneruskan rancangannya. Beta tidak akan melepaskan walaupun segenggam tanah ini kerana ia bukan milikku. Ia hak umat Islam, dan umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini, dan mereka sudah menyiraminya dengan darah mereka.

“Yahudi boleh simpan wang dan harta mereka. Jika Daulah Khalifah Islamiyyah dimusnahkan pada suatu hari nanti, mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Tetapi sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusuk pedang ke tubuhku daripada melihat tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan daripada Daulah Islamiyyah.

“Ia adalah sesuatu yang tidak akan berlaku. Beta tidak akan memulakan pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup.

“Beritahu juga Yahudi yang tidak beradab itu, bahawa hutang-piutang Kerajaan Uthmaniyyah bukanlah sesuatu yang hendak dimalukan. Perancis juga mempunyai hutang-hutangnya dan itu tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya.

“Baitulmuqaddis menjadi sebahagian dari bumi Islam ketika Umar Al-Khattab mengambil kota itu. Beta tidak akan sekali-kali menghina diri beta dalam sejarah dengan menjual bumi suci ini kepada Yahudi, dan beta tidak akan menodai tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh umat ini kepada beta.

“Biarlah Yahudi itu menyimpan wang mereka. Umat Islam Uthmaniyyah tidak akan bersembunyi dalam kota-kota yang dibina dengan wang musuh-musuh Islam.

“Mereka sanggup melakukan apa sahaja, dan kewangan mereka yang membiayai kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah. Mereka sanggup memberikan apa sahaja kerana mereka tahu, selagi Khalifah Islam wujud di muka bumi ini, walau selemah mana, mereka tidak akan dapat menubuhkan sebuah ‘Negara Yahudi’ di bumi Palestin.”

Baca, Sultan Abdul Hamid II, oleh Abdul Latip Talib

Sign petisyen Wujudkan Palestin di Google Maps

Beli buku di Bookcafe.com.my

Setelah kerajaan Turki Uthmaniyyah jatuh ke tangan Al-Ghazi Mustafa Kemal Pasha yang lebih terkenal dengan gelaran Ataturk, sedikit demi sedikit sistem Khalifah Islam dihapuskan. Bermula disinilah, pemerintahan Islam terpecah kepada beberapa kelompok, sehingga kini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024