Artikel

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Hadiah Nobel untuk Sastera

oleh Asri Yussof pada 29 Oct 2018

Bagi penggiat industri buku di seluruh dunia, Hadiah Nobel setiap tahun yang diumumkan oleh Akademi Sweden adalah sesuatu berita yang ditunggu-tunggu. Kita akan lihat kembali karya-karya yang menang anugerah ini dan apa yang beliau sudah sumbangkan kepada komuniti dan dunia.

Tahun lalu, Akademi Sweden menganugerahkan Hadiah Nobel ini kepada Kazuo Ishiguro. Beliau adalah orang Jepun tetapi menetap di Britain dan menulis dalam bahasa Inggeris. Beliau dikira seorang novelis British. Juga bergiat dalam penulisan skrip, dan penulisan cerita pendek. Beliau dilahirkan di Nagasaki, Jepun. Keluarganya berpindah ke UK pada tahun 1960 ketika beliau berusia lima tahun lagi.

kazuo ishiguro

Hadiah Nobel untuk Sastera adalah hadiah sastera Sweden yang diberikan setiap tahun, sejak 1901 lagi kepada pengarang dari mana-mana negara yang terpilih. Walaupun anugerah pertama dimulakan pada tahun 1901, tetapi penubuhan ini sudah bermula sejak 1895 lagi. Mengikut Alfred Nobel, mereka ini dinilai sebagai seorang pengkarya yang telah menghasilkan karya yang paling cemerlang dalam bidang kesusasteraan dan yang paling ideal.

Apa yang menyebabkan kelewatan 5 tahun pemberian hadiah ini selepas Alfred Nobel meninggal pada 1896, disebabkan oleh masalah dalam keluarga Alfred Nobel yang menentang wasiat yang ditinggalkan oleh beliau.

Alfred Nobel memberitahu dalam wasiat terakhirnya supaya wangnya digunakan untuk membuat satu siri hadiah bagi mereka yang memberikan “manfaat terbesar kepada manusia” dalam fizik, kimia, kedamaian, fisiologi atau perubatan, dan kesusasteraan.

Nobel mewarisi 94% daripada jumlah asetnya, 31 juta kronor Sweden (bersamaan 14,178,780.00 MYR pada tahun 2018) untuk menubuhkan dan menganugerahkan lima Hadiah Nobel ini setiap tahun.

Walaupun Hadiah Nobel untuk Sastera telah menjadi hadiah sastera paling berprestij di dunia. Pun begitu, tidak kurang juga kritikan kepada Akademi Sweden sepanjang mengendalikan penganugerahan ini. Ramai penulis yang telah memenangi hadiah telah jatuh ke dalam kegelapan, malah ada juga yang ditolak oleh juri.

Masalah politik dalaman juga antara kritikan yang pernah dilemparkan kepada Akademi ini. Akademi sering dikatakan bias terhadap Eropah, dan khususnya pengarang Sweden. Sehingga 2016 sahaja, 16 daripada 113 penerima Hadiah Nobel adalah berasal dari Scandinavia. 

Pemenang Hadiah Nobel akan membawa pulang pingat emas, sijil diploma, dan sejumlah wang. Jumlah wang yang dianugerahkan bergantung kepada pendapatan Yayasan Nobel pada tahun itu. Penerima Nobel akan menerima Diploma secara langsung dari Raja Sweden.

Bukan sahaja karya dinilai dengan melihat kepada mutu dan kualiti. Malah lebih dari itu, juri juga menilai bagaimana karya mengadaptasi dengan pembaca dan masyarakat hari ini. Adakah karya itu bergerak atau kaku.

Dari 1901 hingga 1912, jawatankuasa penjurian yang diketuai oleh konservatif Carl David af Wirsén, mengambil kira kualiti karya sastera terhadap sumbangannya kepada umat manusia dari sudut ‘karya yang ideal’. Tolstoy, Ibsen, Zola, dan Mark Twain ditolak atas alasan karya-karya mereka kurang dibaca pada hari ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024