Artikel

Apa Yang Boleh Kita Belajar dari Amazon

oleh Asri Yussof pada 08 Aug 2016

Apa-apa sahaja produk yang dijual secara online pasti akan mendapat sambutan yang menggalakkan, lebih menguntungkan jika produk yang kita tawarkan adalah antara produk yang boleh menyelesaikan banyak masalah orang ramai.

Jadikan ini ‘point’ utama untuk apa-apa barang yang ingin anda jualkan, adakah ia mampu menyelesaikan masalah orang ramai.

‘Pengetahuan’ adalah masalah yang sentiasa orang mencari jalan penyelesaiaan. Mereka mencari sesuatu untuk ‘tahu’ lebih dari orang lain. Buku adalah antara produk yang boleh membantu menyelesaikan masalah orang.

Untuk mengetahui perkara-perkara baru, orang ramai akan mencari sesuatu untuk belajar, dan salah satu cara untuk orang belajar adalah dengan membaca buku atau portal-portal berita di internet.

Untuk memulakan bisnes, anda tidak perlu malu untuk memulakan melalui pasaran online terlebih dahulu sebelum adanya kedai sendiri, kuncinya adalah sabar dan belajar setiap hari bagaimana untuk menggembangkan bisnes.

Ini dibuktikan melalui hampir 12 syarikat terbesar dunia yang wujud sekarang bermula dengan kecil-kecilan. Antaranya; Apple, Disney, Lotus Cars, Google, Harley Davidson, Microsoft dan Amazon.

Kita ambil contoh Amazon, yang bermula di garaj rumah Jeff Bezos di Bellevue, Washington pada 1994 dengan menjual buku secara online. Setahun kemudian beliau berjaya menjual buku pertama melalui laman web Amazon.

Beliau mengusahakan bisnes secara online selepas Amerika menetapkan peruncit internet tidak dikenakan cukai jualan jika tiada pejabat.

Peluang Bisnes bersama Bookcafe.com.my

Buat Duit dengan Dropship

Bookcafe.com.my tawarkan diskaun berganda - Beli buku secara online sekarang

Amazon telah ‘menjajah’ sehingga ke 48 buah negara dengan pelaburan sebanyak US$40,000. Sahamnya melonjak naik pada tahun 2011, kini, Bezos termasuk dalam senarai orang terkaya di dunia.

Bermula 2 November 2015, Amazon telah membuka kedai fizikal pertama untuk menjual buku, ‘Amazon Books’ di Seattle, USA. Amazon telah menjadi ruang pembelian online terbesar dengan menjual pelbagai produk selepas berjaya dengan bermula menjual buku secara online.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024