Artikel

Apa Yang Sesetengah Orang Percaya Tentang Holy Water Sebenarnya Bukan

oleh Nurul Fatihah Ayub pada 15 Jun 2016

Isu Holy water adalah isu popular sejak lama dulu. 

Kononnya air itu adalah campuran janin paderi di Vatican, air yang dijampi oleh Pope dan air yang memiliki keajaiban,

sekiranya kita minum air ini, dikatakan kita tidak dapat mengucap dan lidah menjadi kelu.

Dikatakan, bagi memulihkan orang Islam yang meminum air ini. Haruslah dihimpun tujuh kolah air masjid untuk diubatinya.

Masyarakat menyangka ini adalah senjata dakyah Kristian yang paling berbahaya kerana ia umpama sihir.

Sebenarnya, semua itu adalah fitnah dan rekaan semata-mata.

Holy water adalah air paip biasa yang sudah didoakan dan dijampi oleh paderi untuk kegunaan di pintu masuk gereja Katolik.

Di gereja katolik, ada sebuah bekas di dinding berdekatan pintu masuk gereja. Di dalam bekas tersebut diisi dengan air Holy Water yang bertujuan bagi berwuduk cara mereka.

Penganut katolik akan mencelupkan dua jarinya ke dalam bekas itu dan membuat lambang salib ditubuhnya. Ia adalah tanda mereka bersuci. Air ini tidak pernah digunakan untuk diminum.

Penyebaran kisah Holy Water kononnya ada kuasa itu tidak benar sama sekali. Sekiranya umat Islam percaya Holy Water mempunyai kuasa,

maka ia suatu perbuatan syirik kerana mempercayai air tersebut mempunyai kuasa yang boleh mengubah akidah seseorang.

Orang Melayu masih lagi berada di takuk yang lama, malas mengkaji, dan tidak mahu berfikir secara kritis. Berita-berita yang disebarkan itu tidak diselidiki dan dikaji, padahal hal itu berkaitan dengan sensiviti agama lain. Ini adalah isu yang memfitnah penganut Kristian dan perlu dihentikan - Iqram, Penulis Kau Sembah Apa?

Jangan kita menjadi tidak bijak dengan mempercayai benda-benda mengarut seperti ini.

Saya share perkara ini yang saya temui dari buku Kau Sembah Apa? terbitan Puteh Press

Bolehlah kita sama-sama memahami sedikit sebanyak tentang agama-agama lain yang ada di Malaysia

Supaya kita boleh meraikan kepelbagaian.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024