Artikel

Bagaimana Budak 17 Tahun Mengasaskan Ikea dan Kini Mahu Membuka Pembelian Online di Malaysia

oleh Asri Yussof pada 15 Sep 2017

2017 adalah tahun yang bagus untuk perniagaan atas talian (e-commerce). Dari industri fesyen, makanan, perabot, perkakasan dapur malah buku juga mempunyai pasaran jualan atas talian. Malaysia mempunyai ramai pembeli atas talian yang menghabiskan masanya lebih lama di hadapan komputer dan telefon untuk membeli.

“Kajian kami juga menunjukkan bahawa 83 peratus rakyat Malaysia membeli-belah dalam talian sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu dan kita adalah pembeli yang paling kerap melayari laman web luar negara berbanding negara lain di seluruh Asia Tenggara. - lapor Ng Kong Boon, pengurus Visa Malaysia kepada My Metro.

ikea malaysia

Sekarang, Ikea pula sedang merancang untuk memperkenalkan pembelian atas talian untuk pelanggan Malaysia bermula tahun depan. Pengarah Urusan Ikea South East Asia Christian Rojkjaer berkata, selepas Singapura, kami merancang melancarkan portal e-dagang untuk Malaysia pada tahun depan,” katanya kepada The Star selepas majlis pecah tanah kedai Ikea di Batu Kawan, Penang pada rabu.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan duta besar Sweden, Dag Juhlin-Dannfelt. Turut hadir ialah presiden dan ketua pegawai eksekutif Aspen (Group) Holdings Ltd Datuk M. Murly dan pengurus kedai Ikea Batu Kawan Pathmalingam Arumugam.

ikea founder

Ikea ditubuhkan Ingvar Kamprad pada tahun 1943 ketika beliau berumur 17 tahun dan kini menjadi salah seorang yang paling kaya di dunia. IKEA adalah singkatan dari namaya, Ingvar Kamprad; tempat ia dilahirkan, Elmtaryd; dan desanya, Agunnaryd.

Awalnya, IKEA menjual berbagai barang, dari pena, dompet, bingkai foto, hingga jam tangan. Barangan perabot mula masuk ke dalam katalog mereka pada tahun 1947 dan IKEA mula membuat barangan dan rekabentuk sendiri bermula pada tahun 1955.

Penjualan pada mulanya dilakukan melalui pos dan kemudian, sebuah kedai dibuka di Älmhult yang kemudian menjadi model kedai IKEA yang seterusnya. Pada 23 Mac 1963, kedai IKEA pertama di luar Sweden dibuka di Asker, berhampiran Oslo, Norway.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024