Artikel

Bagaimana Kepercayaan Kita Kepada Sesebuah Hadis?: 40 Hadis Palsu dan Lemah Popular

oleh Izzati Nadia ZI pada 29 Apr 2016

Wujudnya buku 40 Hadis Palsu dan Lemah Popular banyak membantu para pembaca bagi memahami hadis manakah yang sahih dan hadis manakah yang ditolak.

Adakah selama ini kita mempercayai hadis-hadis yang dirasakan benar, namun hakikatnya ia adalah sebuah hadis yang tidak sahih dan palsu?

Mendalami ilmu agama bukan mudah dan sembarangan kerana ia berkait rapat dengan iman dan akidah seseorang.

Malah, sering sahaja agama disampaikan dari mulut ke mulut. Oleh sebab itu, pentingnya kajian kesahihan dari mana datangnya cerita sesebuah hadis.

Sebelum penulis mula menerangkan beberapa hadis yang biasa kita dengar, sahih ataupun tidak,

beliau terlebih dahulu menerangkan definisi dan jenis-jenis hadis. Kepada yang belum mendalami ilmu hadis, ia sangat bagus.

Pengajian pengenalan hadis didahului sebelum dimulakan perbincangan yang lebih mendalam.

Hadis dapat dikategorikan kepada dua, iaitu Hadis Maqbul dan Hadis Mardud.

Hadis Maqbul adalah hadis yang diterima, manakala Hadis Mardud adalah hadis yang ditolak.

Selain itu, penulis menyelitkan ciri-ciri untuk seseorang yang layak menjadi perawi hadis yang adil dan alasan mengapa seseorang itu tidak layak menjadi seorang perawi.

Antaranya adalah apabila ingatan seseorang itu tidak kuat, maka sebarang hadis yang dirawikan oleh beliau dikira tidak sah.

Kepada yang tidak bersetuju dengan penulisan buku ini, berangkali hujahnya, “Walaupun satu-satu hadis itu palsu ataupun lemah, namun jikalau suruhan amalnya baik, tentu sahaja ia tetap dikira amalan kebaikan.”

Namun begitu, harus diingatkan di sini, segala hadis-hadis yang palsu dan lemah ini tetap salah dan dilaknat oleh Allah s.w.t.

Beberapa hadis palsu yang boleh saya petik daripada buku ini seperti hadis berkaitan dengan Kelebihan Membaca Surah Yasin,

Kelebihan Puasa Asyura, Solat Sunat Malam Raya, Anak Zina Tidak Masuk Syurga, Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu, dan banyak lagi

yang kita sangka ia benar dan itu suruhan agama, walhal ia sekadar popular tetapi palsu dan lemah.

Pasti anda terkejut, bukan?

Jikalau pembaca ingin mengetahui apa lagi hadis-hadis palsu yang pernah kita ketahui, dengar dan pelajari,

anda perlu dapatkan buku ini. Ilmu yang baik harus dikongsi

supaya kesucian agama Islam tidak tercemar dengan insiden-insiden sebegini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024