Artikel

Bagaimana Terhasilnya Buku ‘Rihlah Ibnu Battuta’?

oleh Huzaifah Abd Jamil pada 23 Dec 2016

Segalanya berada di hujung jari. Betul atau tidak, anda boleh meneka sendiri.

Jika diamati secara saksama, kita dapat merasakan pertarungan hebat antara kemampuan manusia dan masa yang berlalu. Begitulah kehebatan teknologi yang semakin berkembang dari semasa ke semasa.

Contoh mudah adalah pengenalan dunia di luar ruang lingkup kehidupan. Misalnya, jika kita berada di Malaysia, dengan bantuan teknologi kini, kita seolah dapat ‘mengembara’ ke bumi China dan ‘menikmati’ keindahan Negeri Tirai Bambu itu.

china

Bagaimanapun, pencapaian ini tidak mungkin dikecapi andai manusia melupakan sejarah. Tidakkah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ada bertitah;

“Mereka yang lupa akan sejarah, akan didera dengan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali dan tidak belajar daripada sejarah merupakan sebesar-besar sejarah pengajaran.”

Begitulah peranan sejarah dalam perkembangan dunia. Satu daripada ribuan bahan sejarah yang menyumbang ke arah itu adalah catatan pengembaraan.

Bercakap soal mengembara, sejarah ada mencatatkan tentang seorang tokoh penting yang menjadi rujukan utama berkenaan dunia Timur pada abad ke-13 dan awal abad ke-14.

Beliau adalah Abu ‘Abdullah Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim al-Lawati bin Battuta

atau lebih dikenali sebagai Ibnu Battuta.

Perjalanan kembara beliau secara rasmi bermula usai menunaikan ibadah haji di Mekah.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Ibnu Battuta terus menerima pelawaan seorang jemaah dari Tabriz untuk melawat Parsi.

Sepanjang perjalanan, beliau merasai sendiri kesan daripada peninggalan sejarah kerajaan Mongol ratusan tahun.

Sepanjang 30 tahun mengembara, Ibnu Battuta berhasil mengunjungi beberapa kerajaan ternama seperti India, Maldives, Sri Lanka, Selat Melaka, dan China, sebelum pulang semula ke Fez.

Kepulangan Ibnu Battuta menarik perhatian Sultan ‘Abu Inan untuk bertemu beliau. Baginda berkenan agar Ibnu Battuta sudi membukukan pengalaman beliau dengan bantuan Ibnu Juzayy, sasterawan dari Andalusia.

Tahun 1355 kemudiannya menjadi saksi utama catatan karya agung pengembaraan sepanjang zaman; Rihlah Ibnu Battuta.

Kisah Ibnu Battuta mendapat perhatian dari kalangan ramai pengkaji dan penulis. Tidak terkecuali, Al-Ghazali penulis novel sejarah yang popular dari PTS telah menghasilkan sebuah novel pengembaraan Ibnu Battuta.

buku

Temasuk juga Ross E. Dunn, ahli sejarah dari Amerika. telah menulis, The Advanture of Ibnu Battuta: A Muslim Travels of The 14th Century yang telah diterjemahkan kedalam bahasa Melayu oleh PTS dengan judulnya, Jejak Ibnu Battuta. Beliau juga merupakan Profesor Emeritus di San Diego State University.

buku2

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024