Artikel

Bagi Anak Minum Susu Lembu - Anak Dapat DNA Lembu: Fakta atau Auta?

oleh Huzaifah Abd Jamil pada 09 Dec 2016

“Kalau kita bagi susu lembu, maka DNA lembu akan masuk ke dalam badan bayi. Jadi ia akan mempengaruhi akhlak bayi. Mungkin bayi akan membesar menjadi orang yang pemarah sebab lembu ini cepat marah.”

Tahun lepas, 2015, kecoh seketika apabila seorang personaliti agama wanita mengatakan hal sedemikian. Ada yang menyokong, tetapi lebih ramai yang menentang.

babi

Malah, sejumlah artikel dikeluarkan bagi menerangkan perihal sebenar berkenaan isu ini.

Sebenarnya, memang ada beberapa isu dan kajian berkaitan lembu dan manusia.

Tahun 1985, dunia mengalami wabak yang dikenali sebagai Bovine Spongiform Encephalopathy (BSE) atau Penyakit Lembu Gila. Kesan daripada itu, lembu kurang mengeluarkan susu, menggeletar, dan ketakutan.

Manusia mula terdedah kepada penyakit ini selepas menjadikan ia sebagai bahan makanan. BSE versi manusia ini dikenali sebagai variant Creutzfeldt-Jacob Disease (vCJD). Penyakit ini pernah menyerang 600 orang di Britain dalam masa satu tahun.

Namun sebenarnya, lembu adalah mangsa.

Lembu mengalami perubahan negatif selepas diberi makan ofal iaitu produk sampingan berupa organ dalaman haiwan-haiwan yang diyakini tercemar dengan prion scrapie. Dan tidak mustahil bahan ini bercampur dengan tisu babi yang tercemar.

babi 3

Ini kerana ada rekod ‘yang digelapkan’ berkenaan Porcine Spongiform Encephalopathy (PSE) atau Penyakit Babi Gila. United States Department of Agriculture (USDA) merekodkan kes pertama PSE berlaku di New York pada tahun 1979.

Kajian Dr. Masuo Doi dari Januari 1979 hingga Mac 1980 memperlihatkan perubahan ketara dalam kalangan babi yang disyaki PSE.

Mereka kelihatan gemuruh, menggeletar, takut kepada sentuhan, dan akhirnya mengalami kegagalan fungsi saraf sehingga lumpuh dan kerap menderam akibat halusinasi.

Penemuan lain mendapati, cacing jenis T. saginata dalam lembu menyerang bahagian usus pemakannya bagi menyempurnakan kitaran hidup. Bagaimanapun, ia boleh dibunuh dengan penggunaan ubat.

Berbeza dengan T. Solium dalam babi, ia kekal dan bergerak bebas ke seluruh tubuh manusia melalui saluran darah pemakannya untuk terus kekal hidup.

Jadi, adakah anda memilih makanan yang benar-benar sihat untuk bayi anda?

babi 4

Nota Editor: Fakta dalam artikel ini diambil dari buku Kenapa Babi Tidak Halal? yang ditulis oleh Samhani Ismail. Beliau adalah calon PhD Neurosains Kognitif, Universiti Sains Malaysia. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024