Artikel

Bahagianya Apabila Puasamu Diterima Allah

oleh Miqdam Rashid pada 13 Apr 2018

Apa khabar semua? Moga-moga sihat semuanya. Apa khabar pula Iman kita? Pernahkah kita bertanya pada diri ini? Itulah jarang sekali kita bertanya tentang Iman kita.

Sudah sering kali kita risau akan kesihatan tubuh badan kita, namun pernahkah kita risau akan kondisi Iman kita saban hari.

Kurang 2 bulan lagi Ramadan bakal hadir lagi tahun ini. Yang pasti Ramadan itu pasti tiba dan yang kurang pasti adakah kita sempat berjumpa dengan Ramadan tahun ini.

Andai izin Allah memberi kesempatan masa dan umur kepada kita bertemu Ramadan tahun ini, maka bergembiralah dan bersyukurlah wahai kita semua. Allah telah memilih kita.

Ramadan

Klik di sini untuk lihat senarai buku-buku istimewa Ramadan

Ada sebahagian daripada kita sudahpun meninggalkan dunia tidak berkesempatan bertemu Ramadan tahun ini.

Namun berkesempatan bertemu Ramadan hanyalah sia-sia andai Ramadan hadir dalam keadaan kita tidak bersedia. Bahkan bakal mensia-siakan segala fadhilat yang dijanjikan Allah kerana kelekaan kita.

Bayangkan seorang atlet larian pecut bakal memasuki Olimpik lagi 2-3 bulan lagi tetapi masih tidak mempersiapkan fizikalnya dan mentaliti, apakah kita rasa dia boleh menang?

Al-quran

Begitulah dengan diri kita, apakah persediaan kita ingin menghadapai Ramadan tahun ini? Sudah ada sasarankah tahun ini? Adakah Ramadan yang bakal kita tempuhi ini sekadar meraikan tradisi saban tahun.

Buku karangan Fahrur Muis yang bertajuk “Bahagianya apabila Puasamu Diterima Allah” pasti ada jawapan untuk kita semua untuk persediaan menempuh Ramadan tahun ini.

Buku ini bakal menjadi inspirasi dan sumber mempersiapkan diri kita bagi menghadapi Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi. Ada 6 bab tersemat dan semuanya mudah difahami dan ringkas.

Kita boleh mengetahui hikmah puasa, manfaatnya daripada segi psikologi, sosial dan spiritual bahkan kesihatan. Terdapat pula persoalan-persoalan umum feqah mengenai Ramadan dan Puasa, hukum dan kaifiat.

Yang paling menyeronokkan buku ini memberi saranan bagaimana tindakan kita ingin memperbanyakkan ibadah kita sepanjang Ramadan dengan disertakan fadhilatnya. Turut disisipkan mengenai Lailatul Qadar yang menjadi impian setiap mukmin di bulan Ramadan.

Puasa

Klik di sini untuk mendapatkan buku ini.

Lengkap, ringkas dan padat ini bakal menginspirasikan Ramadan anda! Helaian yang berwarna dan bergrafik tidak mungkin membosankan anda dan keluarga membacanya. Semoga Allah memanjangkan umur dan rezeki kita bertemu Ramadan tahun ini.

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب، وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ 

“Ya Allah, berkahi kami di bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.” (HR. Ahmad)

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024