Artikel

Bahruddin Bekri Tampil bersama Skuad Halimunan di PBAKL 2011

oleh Roziyah pada 11 Apr 2011

Penulis novel sains fiksyen, Tuan Bahruddin Bekri kini tampil dengan karya terbaru beliau yang penuh dengan aksi dan mendebarkan pembaca.

Tuan Bahruddin Bekri tampil membawa kelainan dengan novel techno-thriller yang menggabungkan subjek perisikan, ketenteraan, dan fiksyen sains.

Novel penuh aksi ini menceritakan perihal teknologi halimunan yang menjadi rebutan banyak pihak. Kisah bermula apabila Skuad H mula memberontak dan merancang bagi menubuhkan Empayar Asia Tenggara. Sementara itu di Pentagon, para pegawai tentera Amerika sedang berbincang sesuatu yang berkaitan teknologi halimunan bagi memulihkan ekonomi negara mereka. Selepas itu, berlaku beberapa siri pembunuhan yang melibatkan orang halimunan.

Pada masa yang sama, pihak Rusia juga menghantar skuad komandonya bagi mendapatkan maklumat berkenaan teknologi halimunan. Manakala Gerakan Pemisah Borneo (GPB) yang diketuai Lahaji pula berjuang membebaskan Borneo daripada pemerintahan Malaysia, Brunei, dan Indonesia.

Kamri, Sali, dan Ibrahim ditugaskan mencari Talha, rakan mereka dalam skuad elit APN suatu masa dahulu. Dalam masa yang sama mereka juga berusaha mencari dalang siri pembunuhan yang berlaku dan menyelamatkan Annisa, isteri Sali. Tanpa diketahui, pelbagai kejutan sedang menanti mereka.

Saksikan kejutan demi kejutan dalam karya terbaru Bahruddin Bekri ini yang pastinya mendebarkan pembaca di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 ini.

Buku terbitan PTS Pop ini diterbitkan khas di PBAKL 2011 ini khas buat peminat-peminat Bahruddin Bekri. Peminat juga berpeluang mendapatkan tandangan dan bergambar dengan penulis kegemaran ramai ini di booth PTS.

Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti, promosi serta lokasi booth PTS di PBAKL 2011 ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024