Artikel

Beli Buku PTS Dengan Baucar Buku IPT

oleh Roziyah pada 10 Jan 2012

Selaras dengan pengumuman mengenai pemberian baucar buku bernilai RM200, PTS menawarkan pelbagai buku menarik dan terkini kepada pelajar IPTS, IPTS, Politeknik, Matrikulasi Sains dan pelajar tingkatan 6 di seluruh Malaysia.

Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar di IPTA, IPTS dan Politeknik layak mendapatkan baucar bagi pembelian buku ini.

Pengagihan baucar ini dilakukan di IPTS, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing bermula Januari 2012 ini.

Baucar ini boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini termasuk Bookcafe PTS sendiri.

Baucar pembelian buku ini adalah selama tiga bulan bermula daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012 ini.

Melalui baucar ini, pelajar dapat membeli buku-buku PTS di Bookcafe PTS yang bertempat di No 12 Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100, Batu Caves, Selangor. Pelajar yang ingin mendapatkan buku PTS dengan baucar yang disediakan boleh melayari www.bookcafe.com.my bagi memilih buku-buku terbaik terbitan PTS.

Sebarang pertanyaan, tuan dan puan boleh terus menghubungi bookcafe di talian 03-6188 0316 atau emailkan pertanyaan tuan dan puan terus kepada [email protected]

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024