Artikel

Bengkel Penulisan Gabung 2 Penulis Hebat PTS

oleh Roziyah pada 19 Jan 2012

Berita baik kepada mereka yang berminat dalam menghasilka karya namun tidak tahu caranya. Penganjur Masjid Sultan Salahuddin Abdul-Aziz Shah Alam membawakan 2 penulis hebat PTS bagi berkongsi idea dan ilmu dalam menghasilkan karya menarik di pasaran.

 Penulis buku Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat, Tuan Rohidzir Rais dan penulis novel srikandi Islam, Tuan Zahiruddin Zabidi dibawa khas ke Masjid Sultan Salahuddin bagi memberi garis panduan kepada penggemar bidang penulisan yang masih tercari-cari ruang dan peluang dalam menghasilkan karya.

 Bengkel yang diadakan pada 21 Januari ini akan memberi garis panduan dalam menghasilkan buku-buku umum dan novel. Tidak hanya memberi panduan menghasilkan karya, 2 penulis hebat ini juga akan memberi penerangan selengkapnya cara yang tepat bagi membawa karya-karya penulis baru ke syarikat penerbitan bagi diterbitkan.

 Temui Tuan Zahiruddin Zabidi dan Tuan Rohidzir Rais di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam pada 21 Januari 2012 ini.

 Tuan dan puan yang berminat menyertai bengkel penulisan ini boleh terus berhubung dengan Ustaz Mahmud di talian 019-3568428 bagi urusan pendaftaran.  

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024