Artikel

Bento Menarik Untuk Dibawa Ke Pejabat: Idea Bekal Ke Pejabat Menu Ala Barat

oleh Siti Zulaikha Zaherman pada 02 Nov 2015

Setiap hari bagi orang yang bekerja, pasti salah seorang daripada anda para pembaca akan mempunyai satu masa dimana anda akan mengalami kesibukan yang terlalu extreme sehingga tidak mempunyai waktu untuk mengisi perut yang kosong. Ya atau tidak? Jika ya, kali ini penulis buku resepi PTS Chef Azian akan berkongsi cara yang mudah untuk menyediakan hidangan. Di samping itu, ia juga menjimatkan masa dan wang perbelanjaan anda.

Buku Idea Bekal Ke Pejabat Menu Ala Barat ini keluaran PTS Millenia ini boleh membantu anda para pembaca untuk menyediakan pelbagai hidangan yang menarik, mudah dan jimat. Ya, buku keluaran PTS kali ini juga bukan sahaja boleh digunakan oleh kaum ibu dan sesiapa yang suka memasak. Malah orang bujang yang bekerja juga boleh menjadikan buku ini sebagai rujukan untuk berjimat dalam perbelanjaan.

Selain daripada itu, buku ini juga lengkap dengan sukatan-sukatan yang sesuai dalam menyediakan suatu hidangan yang boleh dimuatkan di dalam bekalan anda. Bukan itu sahaja, buku Idea Bekal Ke Pejabat Menu Ala Barat ini juga menyediakan tip yang berguna untuk menambah kebaikan dalam penyediaan hidangan untuk ke pejabat.

Jadi apa tunggu lagi warga kerja di luar sana? Jika anda sudah bersedia untuk berjimat dan makan berbekalkan resepi yang dikongsikan oleh Chef Azian, marilah dapatkan buku Idea Bekal Ke Pejabat Menu Ala Barat ini di mana-mana kedai buku ataupun di laman web bookcafe PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024