Artikel

Bersantai sambil Belajar: Oh, Semua A: Daya & Tenaga

oleh Nabilah Huda Megat Mohamad Hamdan pada 20 Aug 2014

Oh, Semua A: Daya & Tenaga merupakan buku yang berbentuk edukomik yang diterjemah daripada buku edukomik bestseller Korea.

Buku ini menyediakan info-info menarik tentang sains iaitu daya dan tenaga. Buku yang padat dengan fakta sains ini dapat membantu para pelajar untuk memahami subjek sains dengan lebih mudah. Tambahan lagi, ia disampaikan dalam bentuk komik yang sudah tentu dapat menarik minat para pelajar.

Di samping itu, terdapat juga definisi istilah sains, info tambahan, pop kuiz dan juga ilustrasi yang menarik. Penggunaan bahasa juga sudah diolah dan bersesuaian untuk bacaan para pelajar.

Oh, Semua A: Daya & Tenaga dicetak 100% halaman berwarna serta gambar rajah yang menarik.

Selain itu, terdapat elemen santai, lucu, dan menghiburkan. Oleh itu, pelajar sekolah dapat berhibur sambil belajar. Buku ini wajib didapatkan oleh semua setiap pelajar. Dapatkan buku ini di pasaran yang berdekatan atau secara online di www.bookcafe.com.my.

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024