Artikel

BISNES: Nasihat Terbaik dari Simon Sinek ini berguna untuk Pemilik Bisnes

oleh Asri Yussof pada 11 Dec 2018

Simon Sinek, pengarang Inggeris, penceramah motivasi dan perunding organisasi. Beliau adalah pengarang lima buku, termasuk Start With Why yang menjadi jualan bestseller. Dalam satu tweet beliau di twitter, beliau berkongsi tentang kepimpinan dan pengurusan organisasi.

Simon Sinek

“Tanggungjawab sebuah syarikat adalah untuk melayani pelanggan. Tanggungjawab kepimpinan adalah untuk berkhidmat kepada pekerjanya, jadi mereka akan lebih baik melayani pelanggan. Sekiranya pemimpin gagal untuk berkhidmat kepada pekerja mereka terlebih dahulu, pelanggan dan syarikat akan menderita.” Berikut apa yang beliau sebutkan di dalam tweet diatas.

Simon Sinek

Kredit foto: www.inspiredconnections.net

Walaupun tweet ini pendek dan ringkas, tetapi maksudnya penuh tersirat. Beliau bercakap tentang syarikat yang ingin mengembangkan bisnes mereka- perlu menjaga pelanggan. Dan cara yang paling bagus untuk menjaga pelanggan adalah dengan menjaga pekerja mereka- jadi pelanggan-pelanggan akan terjaga oleh pekerja-pekerja di sesebuah syariakt.

Marcel Schwantes menulis di Inc.com tentang apa perkara yang perlu ada pada seseorang untuk menjadi seorang pemimpin seperti apa yang dimaksudkan oleh Simon Sinek?

1. Jadilah pendengar yang hebat.

Apa pun masalah dan cabaran yang dihadapi di syarikat, kita perlu menjadi pemimpin yang mendengar suara-suara pekerja. Stephen R. Covey dalam bukunya pernah berkata, “Kebanyakan orang tidak mendengar dengan maksud untuk memahami, mereka mendengar dengan niat untuk menjawab.”

2. Kenali pekerja kita

Mengikut kajian, pekerja yang mendapat pujian dengan kerap akan meningkatkan produtiviti mereka. Mereka akan menjadi lebih setia, dan pelanggan akan berpuas hati dengan perkhidmatan syarikat kita oleh sebab layanan dari pekerja kita yang tidak stress.

3. Berikan arahan

Para pemimpin hebat tidak bergantung pada ulasan prestasi pekerja tahunan yang ketinggalan zaman. Mereka menilai pekerja secara konsisten secara bulanan dengan memberikan latihan yang baik dan menetapkan hala tuju dan matlamat yang jelas.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024