Artikel

Bookcafe Buat Kerja Gila, Jual Buku Atlas Perang Salib- Harga RM 65.00 Jadi RM25.00

oleh Bookcafe pada 17 Jan 2018

Bookcafe akan menjual buku Atlas Perang Salib dengan harga RM25.00 sahaja selama 5 hari promosi ini dilakukan bermula 17 Januari - 22 Januari 2017 daripada harga asal RM65.00. Ini memang kerja gila.

Belum ada tempat lain yang menjual buku premium yang tebal, kandungan buku yang berwarna dan kulit buku yang keras ini dengan harga serendah itu.

atlas perang salib

Klik di sini untuk memiliki buku Atlas Perang Salib

Buku Atlas Perang Salib membincangkan tentang Perang Salib. Perang Salib adalah peristiwa berdarah paling menyayat hati yang berlaku antara umat Islam dan Kristian.

Perang yang berlaku hampir 200 tahun ini meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam peradaban dunia.

Perang Salib merupakan beberapa siri kempen peperangan yang lahir dari isu politik yang menjadikan agama sebagai sebab sekitar kurun ke-11 hingga ke-13 masihi.

perang salib

Kempen yang memerangi pihak tentera Islam ini direstui oleh pihak Gereja Roman Khatolik.

Misi perang salib asalnya perang untuk menawan kembali Baitulmuqaddis dan kawasan sekitarnya dari pihak negara Islam.

Perang Salib bertitik tolak daripada pembangunan pesat yang berlaku di Eropah Barat semasa Zaman Pertengahan, serta kemerosotan Empayar Byzantine di timur.

Perpecahan Empayar Carolingian pada lewat abad ke-9 dan kestabilan Eropah selepas pengkristianan kaum Viking, Slav, dan Magyar menghasilkan ramai satria yang tidak mempunyai pekerjaan kecuali bergaduh sesama sendiri dan melancarkan keganasan terhadap para petani.

perang salib - bookcafe

Pihak gereja berusaha untuk membendung keganasan ini melalui beberapa gerakan gencatan senjata yang dipanggil Peace and Truce of God yang hampir berjaya.

Namun, terdapat segelintir satria terlatih yang masih mahu meluahkan keganasan mereka - kecuali yang berlaku semasa Reconquista di Sepanyol dan negeri Portugis di mana tentera Kristian sibuk memerangi bangsa Moor beragama Islam di Eropah.

khalifah fatimiyyah

Pada 1009, khalifah Fatimiyyah, al-Hakim bi-Amr Allah telah menggeledah hospis pilgrim di Baitulmuqaddis dan merosakkan Gereja Makam yang Suci.

Walaupun didirikan semula oleh maharaja Bizantine, peristiwa memalukan ini sentiasa berada dalam ingatan bangsa Eropah dan menolong menyemarakkan lagi Perang Salib

Bagi mereka yang gemar membaca dan membeli buku, mungkin ini adalah promosi yang tak patut anda tinggalkan.

Selain itu, bookcafe juga menawarkan beberapa buah buku yang lain dengan tawaran promosi 50% diskaun mengejut yang bermula hari ini 17 Januari, hingga 22 Januari 2018.

bookcafe

bookcafe

Klik di sini untuk memiliki buku ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024