Artikel
Bookcafe.com.my Lancarkan Jualan FLASH SALE - Ini Cara Supaya Anda Tidak Terlepas Promosi Mereka
oleh Abdullah pada 25 Jan 2018
Bookcafe.com.my sering dikenali dengan kedai buku online yang selalu mengadakan jualan mengejut tidak kira masa. Kadang-kadang mereka mempromosikan beberapa hari lebih awal. Kadang-kadang mengejut, tiba-tiba kita dapat notifikasi FLASH SALE sudah bermula!
Klik di sini untuk melihat promosi sempena HARI GAJI
Tengahari tadi, Bookcafe.com.my, secara mengejut mengadakan jualan FLASH SALE yang berlangsung selama 3 jam sahaja. Bermula dari pukul 12.00 tengahari sehingga 3.00 petang.
Mereka memulakan promosi di media sosial hanya satu jam sebelum. Promosi seperti ini memberi kelebihan kepada pelanggan-pelanggan Bookcafe.com.my yang sudah membuat langganan untuk mendapatkan promosi-promosi secara langsung ke komputer dan telefon pintar mereka.
Jualan FLASH SALE pada tengahari tadi telah menawarkan buku-buku dengan harga serendah RM5, diskaun melampau sehingga 80%, 100 judul baru dengan diskaun sehingga 60% dan istimewa Fatwa Kontemporari dari Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi dan Tafsir Al-Azhar dari HAMKA dijual dengan hanya RM10.
Anda perlu melanggan promosi-promosi di Facebook Messenger Bookcafe dan telegram supaya bila ada sahaja promosi-promosi pada masa akan datang, anda akan menjadi orang pertama yang akan menerimanya.
Klik di sini dan anda akan dibawa ke laman melanggan.