Artikel

Borong Yasin PTS di Pasaraya Mydin

oleh Roziyah pada 13 Dec 2011

PTS Darul Furqan membawakan Yasin Edisi PTS khas di pasaraya Mydin seluruh Malaysia.

Yasin yang dapat dibeli dengan harga borong di pasaraya Mydin ini dibawakan dalam edisi yang lebih murah dan menarik hati.

Melalui harga yang murah dan mudah didapati, buku Yasin ini boleh dijadikan sebagai hadiah dalam majlis-majlis yang diadakan seperti majlis perkahwinan, majlis tahlil dan sebagainya.

Buku Yasin edisi istimewa Mydin ini akan diedarkan di pasaraya Mydin seluruh Malaysia bermula penghujung bulan ini.

Dapatkan dan borong buku Yasin yang dijual di Mydin penghujung bulan ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024