Artikel

BUKU: Hamka: Permata Tafsir Bumi Nusantara Bakal Terbit

oleh Asri Yussof pada 28 Dec 2018

Prof. Dr. Haji Abdul Malik bin Dr. Syekh Haji Abdul Karim Amrullah, atau lebih dikenali dengan nama samaran Hamka, adalah ulama, novelis, ahli falsafah dan aktivis politik Indonesia yang mempunyai pengaruh yang besar di Nusantara ini.

Pada zamannya, beliau adalah satu-satunya ulamak yang menulis tafsir al-Quran bukan di dalam bahasa Arab, tetapi di dalam bahasa Melayu. Beliau mula menulis tafsir ini ketika beliau memberi kuliah di Masjid Al-Azhar Padang dan menyiapkan tulisannya di penjara pada pemerintahan Soekarno.

Hamka dilahirkan pada 17 Februari 1908 di Kampung Molek, Sungai Batang, Tanjung Raya, di Minangkabau, Sumatera Barat,  anak pertama dari tujuh adik beradik. Ayahnya seorang guru agama, Haji Abdul Karim Amrullah. Bapanya antara ulama yang membuat pembaharuan agama di Minangkabau- yang lebih dikenali dengan gelaran Haji Rasul.

HAMKA

Buku ‘Hamka: Permata Tafsir Bumi Nusantara’ adalah sebuah buku yang melihat secara teliti biografi Hamka sebagai ahli tafsir dan juga keunikan tafsir Al-Quran versi Hamka. Ditulis oleh Dr. Muhammad Yusry Affandy. Beliau adalah pensyarah di Fakulti Quran dan Hadis USIM. Bergiat aktif dalam bidang tafsir.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024