Artikel

Buku Ini ‘Tampaq’ Hakak Berkali-Kali Sehingga Lebih Berhati-hati Dalam Percintaan

oleh Amiratul Awatif pada 13 Mar 2017

Hakak saja nak tulis pasal satu buku yang memang dah tampaq dan pukul Hakak. Bukan sekali tampaq, tapi berkali-kali! Serius! Akak baru habis baca buku He’s Just Not That Into You. Hakak baca buku ni sampai lunyai. Siap boleh buat ceramah perdana lagi kat kawan-kawan lain. :p

Lepas baca buku ni, Hakak baru tersedaq yang selama ni Hakak banyak PERASAN. PERASAN tu bukan muncul dengan tiba-tiba, tapi datangnya hint-hint tu dari seorang lelaki dan bukan dalam masa yang singkat. Amik masa bertahun tau.

Ini 5 Sebab Hakak rasa ditampaq berkali-kali

💚 Buku ni didatangkan dengan ‘alasan-alasan’ yang wanita (kita) cipta sendiri untuk sedapkan hati apabila lelaki yang kita cintai tu tak hubungi, tetiba diam, jauhkan diri, banyak bagi alasan, susah nak jumpa dan bincang. Walhal hakikatnya lelaki tu boleh ja cakap dia tak sukakan kita. Dia hanya nak berkawan atau nak jadikan kita tempat singgah sementara. Tapi depa ni memang susahhhhhhhhhh sangat nak berterus terang. Konon nak jaga hati. Jaga hubungan. Sebenaqnya cara tu salah. Dan kita akan terus menerus PERASAN.

together

💚 Jawapan yang diberikan juga akan membuatkan kita diam dan berfikir sendiri. Banyak perbuatan lelaki yang kita salah paham maksud sebenaq. Malunyaaaaaaaa. ðŸ˜¥ðŸ˜¥ðŸ˜¥

💚 Buku ni jugak akan bantu kita untuk move on dari terus dibuai dengan rasa PERASAN. Move on dari terus berharap dengan orang yang tak sukakan kita pun.

💚 Secara automatik lepas baca buku ni, kita akan tahu untuk scan orang lelaki yang mana betul-betul cintakan kita dan mana yang hanya untuk menguji ataupun main-mainkan perasaan kita, ataupun hanya nak berkawan dengan kita.

💚 Buku ni akan bukak mata kita tentang apa yang pahit tapi benar tentang lelaki. Bukak mata yang he’s just not that into you sister! Carilah lelaki yang betul-betul cintakan kita. Move on please!

love

Kepada kawan-kawan Hakak yang pernah ceritakan masalah dengan insan bernama lelaki, dan konpius dengan perasaan lelaki itu kat hampa, buku ni boleh menjawab. Serius! Buku ni betul-betul macam bercakap dengan Hakak.

Segala benda yang Hakak dok pikiaq dan masih tak dapat jawapan, akhirnya terungkai jugak. Semua benda yang pernah jadi kat Hakak dengan seorang insan bernama lelaki ni, muncul balik satu per satu. Fuhhhh..menggamit memori yang mencengkam jiwa sungguh! ðŸ˜«ðŸ˜«ðŸ˜«

Terima kasih kepada lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidup saya. (Macam banyak sangat kannn) Terima kasih sebab berjaya buat saya PERASAN. Berjaya buat saya berfikir apa perasaan awak kepada saya.

couple

Berjaya buat saya senyum, nangis, tetiba masuk dalam mimpi, cipta alasan sendiri sebab nak sedapkan hati, kecewa, sedih, marah tetapi sebenarnya awak tak ada perasaan pun dekat saya. ðŸ˜Š

Hakak akan lebih berhati-hati lepas ni. Doakan Hakak kuat naaaaaa..

Artikel ini disalin dari facebook Amiratul Awatif Ghazali dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi PTS Media Group

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024