Buku Kau Sembah Apa Dapat Komen Positif di Halaman Goodreads

oleh Asri Yussof pada 11 Jan 2018

Buku Kau Sembah Apa yang mengangkat dialog dengan non-muslim. Mengetengahkan ajaran, sejarah dan pendirian agama-agama yang wujud di Malaysia: Islam, Buddha, Tao, Kristian, Hindu dan Sikh.

Penulisnya, Ahmad Iqram Mohd Noor (25), menemui ‘ulama’ dari pelabagai agama, membaca buku agama mereka dan memahami salah faham yang terjadi terhadap agama mereka. Beliau juga pergi ke kuil dan gereja untuk memahami agama selain Islam.

Kau Sembah Apa - Puteh Press

“Mereka juga seharusna melakukan perkara yang sama sekiranya mahu memahami Islam.” tulis beliau pada bahagian kata pengantar di dalam buku tersebut. Tambah beliau lagi, “Saya ingin kongsikan kemanisan Islam ini dengan mereka.”

Kau Sembah Apa - Puteh Press

Sedar atau tidak, walaupun negara Malaysia adalah negara yang majmuk agama dan berbilang kaum. Tetapi sebenarnya kita tidak mengenali antara satu sama lain secara baik. Kita hanya mendengar biasan-biasan sahaja sehingga ia menjadi tembok untuk kita berbaik sangka sesama non-muslim.

Nur Izzati ketika menulis reviu di Goodreads juga memberitahu perkara yang sama, “Buku ini sangat bermanfaat buat mereka yang tidak mengetahui atau kurang mengetahui perihal agama-agama yang wujud di Malaysia. Kita mungkin sedar kewujudan agama-agama ini di Malaysia tetapi sejauh mana kita kenal apa yg terkandung dalam agama mereka.”

Isu air ‘Holy Water’ juga masih wujud dalam minda masyarakat melayu hari ini. Masih ada diantara kita yang masih percaya bahawa air holy water ini boleh membuatkan mulut terkunci dan tidak dapat untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.

Kau Sembah Apa - Puteh Press

Dalam buku ini, penulis memberitahu, Holy Water adalah air suci yang hanya digunakan oleh gereja katolik. Mazhab-mazhab lain tidak ada konsep air suci dalam amalan mereka. Holy Water adalah air paip biasa yang sudah didoakan dan dijampi oleh paderi.

“Masyarakat menyangka ini adalah senjata dakyah kristian yang paling berbahaya kerana ia umpama sihir. Sebenarnya, semua ini adalah fitnah.” tulis beliau.

Baca juga: Apa Yang Sesetengah Orang Percaya Tentang Holy Water Sebenarnya Bukan

Rata-rata yang menulis reviu buku ini di Goodreads memberi komen yang positif terhadap buku ini. Abdul Aziz pula menulis, “Bacaan yang saya boleh katakan wajib bagi yang meminati perbandingan agama untuk mencari keharmonian dalam hidup bermasyarakat.”

Nur Hafizzah juga menulis, “Saya suka buku-buku macam ni, tinggal di Sarawak yang pelbagai kaum dan agama membuatkan saya jadi lebih terbuka. Kena lebih banyak membaca untuk memahami keadaan setempat.”

Banyak topik-topik menarik dalam setiap bab yang dibahaskan oleh penulis, seperti sejarah kedatangan agama Kristian ke Tanah Melayu, perkembangan mazhab buddha, salah faham terhadap Taoisme, isu kalimah Allah, karma Samsara dalam agama Hindu dan banyak lagi.

Baca juga: Soalan Lelaki Ini Membawa Beliau Mengkaji Agama-Agama di Dunia

Baca juga: Bukti ISLAM Agama Tertua dan Sebab Muncul Pelbagai Agama

Saya sarankan untuk anda memiliki buku ini dan kita sama-sama mewujudkan rakyat Malaysia yang lebih dekat mengenali agama antara satu sama lain. Kita tidak akan menjadi manusia yang cepat melatah dengan isu-isu pician yang dimainkan oleh orang politik sekiranya kita mempunyai ilmu di dada.

Beli buku ini di www.bookcafe.com.my untuk memilikinya sekarang. Atau dapatkan di kedai-kedai buku berdekatan.