Artikel

Buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit Habis dalam Masa Dua Minggu

oleh Roziyah pada 05 Jan 2011

Buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit Habis dalam Masa Dua Minggu

Buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit mencatat sejarah apabila habis dipasaran dua minggu selepas ia diterbitkan.

Buku yang memaparkan formula penjagaan kesihatan fizikal, mental dan emosi ajaran daripada Rasulullah ini mendapat sambutan yang hangat di pasaran sejurus ia diterbitkan.

Buku ini juga membincangkan rahsia gaya hidup sihat Islami yang diamalkan Rasulullah sepanjang hidup beliau.
Menurut Eksekutif Jualan Senior, Tuan Azari Hashim, pekej lengkap dalam buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit ini menarik minat pelanggan bagi mendapatkan buku ini.

“Dengan harganya yang murah dan kavernya yang cantik ia membuatkan pelanggan teruja bagi mendapatkan buku ini. Kami juga mendapat testimoni daripada pelangan yang mengatakan buku ini menarik daripada kavernya dan harganya yang menarik,” jelas Tuan Azari lagi.

Tuan Azari tidak menjangkakan buku ini mendapat sambutan yang menggalakan di pasaran.

Bagi Tuan Azari, buku agama PTS kini sudah diterima dan mendapat sambutan hangat daripada pekedai-pekedai di seluruh Malaysia.

“PTS menawarkan buku-buku agama yang menarik dan berkualiti kepada pelanggan. Selain itu, kaver yang menarik dan harganya yang murah memberikan kepuasan kepada pelanggan,” jelas Tuan Azari lanjut.

Buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit kini dalam proses cetakan semula dan akan berada dipasaran dalam masa yang terdekat.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024