Artikel

Cipta Perubahan Yang Membahagiakan Kehidupan: I Moved Your Cheese

oleh Hairul Faizal Adli Ab Ghani pada 03 Oct 2013

Perubahan yang berlaku di dunia ini adalah di luar kawalan kita. Apa yang mampu kita kawal hanyalah reaksi kita terhadap perubahan itu. Inilah kepercayaan berjuta-juta umat manusia di seluruh dunia.

Kepercayaan ini jugalah yang menjadi mesej utama dalam buku bestseller yang terjual berpuluh-puluh juta di seluruh dunia iaitu Who Moved My Cheese. Namun, ada manusia yang berani dan mahu mencabar perkara ini.

Deepak Malhotra, tidak mahu dirinya dan para pembaca hanya menerima perubahan secara membuta-tuli. Dapat menyesuaikan diri dengan perubahan semata-mata masih tidak cukup untuk mencapai kebahagiaan.

Ada perkara yang lebih penting daripada hanya menerima perubahan itu. Kita perlu mencari jawapan dan sebab kenapa perubahan itu berlaku.

Manusia selalu meremehkan keupayaan dirinya, sedangkan kita memiliki kemampuan untuk mengawal kehidupan dan mencipta perubahan mengikut kemahuan kita.

Jangan terima perubahan secara membuta-tuli. Inilah mesej utama dalam buku I Moved Your Cheese, yang mahu mencabar dan menjawab persoalan yang tergantung tanpa jawapan dalam buku Who Moved My Cheese.

 Buku I Moved Your Cheese ini sesuai untuk mereka yang sedang bekerja keras mahu mencapai kejayaan, tetapi masih belum mencapai kepuasan dalam hidupnya.

Ia juga sesuai untuk mereka yang menderita pada setiap hari kerana terpaksa melakukan kerja yang tidak diminati.

Dapatkan buku ini segera untuk mencipta perubahan yang membahagiakan dalam hidup kita. Hidup terlalu singkat untuk menerima perubahan secara membuta-tuli. Kita mampu mengubahnya.

 

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024