Artikel

Dunia Remaja Safee Sali dalam SS10, Pantang Menyerah Kalah!

oleh Shafiq Noorisham pada 16 May 2013

Super Safee kini kembali dengan wajah yang baru hasil karya Ben Wong. Kini Super Safee memaparkan cerita tentang Safee yang memasuki dunia remaja.

Safee akan memulakan alam persekolahan di sekolah menengah. Dia sangat kecewa dan tertekan kerana tidak diterima masuk ke sekolah sukan yang menjadi idamannya.

Kawan-kawan lain seperti Botak dan Fizi masing-masing telah menerima surat tawaran ke sekolah sukan. Ini membuatkan Safee lebih tertekan dan kecewa.

Bapa Safee membuat keputusan untuk Safee masuk ke sekolah biasa sahaja. Safee dengan berat hanya mengikuti suruhan ayahnya memandangkan tiada tawaran daripada sekolah sukan.

Safee memulakan sekolah menengahnya dengan hambar. Pada hari pertama sahaja, Kevin si mulut besar telah mengutuk dia di hadapan semua pelajar.

Mujur ada Fizi bersama-sama belajar di sekolah itu. Safee pelik dengan tindakan Fizi yang menolak tawaran sekolah sukan itu sedangkan dia sendiri beriya-iya ingin ke sana.

Kemenangan satu gol semasa berlawan bola dengan kelab bola sepak sekolah telah membuka mata senior terhadap kehebatan Safee dan Fizi tetapi tetap ada yang iri hati.

Cabaran memasukkan tiga gol dalam masa 45 minit menjadikan Safee bersemangat semula untuk bermain bola dan menunjukkan bakatnya.

Anda boleh mendapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024