Artikel

Erdogan VS Gülen: Siapa Benar - Siapa Salah?

oleh Asri Yussof pada 25 Oct 2016

Hakikat sebenar jawapan terhadap persoalan ini tidak jelas, ada pro dan kontra dalam setiap pandangan yang dikemukakan oleh pihak pro Erdogan sendiri atau dari pihak yang tidak bersama dengan beliau.

Timbalan Perdana Menteri Turki, Mehmet Simsek dalam rancangan Up Front di Al Jazeera yang dibawa oleh Mehdi Hassan, menolak punca masalah Erdogan dan Gulen disebabkan oleh badan kehakiman (kebanyakannya orang-orang Gulen yang mengangotai) selepas membongkar kes korupsi dan nepotisme dalam pentadbiran Erdogan pada akhir 2013.

Mehmet Simsek

Katanya ia bukan baru bermula sejak disember 2013 tapi ia bermula sejak sebelum itu lagi. Iaitu wujudnya perancangan disebalik tabir oleh orang-orang yang mengangotai Gerakan Hizmet (gerakan yang ditubuhkan oleh Gulen).

Gulen

Pada tahun 2010, kelompok mereka (Gerakan Gulen) yang menganggotai gerakan Hizmet menyertai badan kehakiman dan menjadi anggota polis.

Pada 2012, mereka menubuhkan unit perisikan sendiri dan 2013 terdapat bukti yang kukuh menunjukkan bahawa anggota polis yang bersama Gulen telah membawa orang ramai ke jalanan untuk melakukan tunjuk perasaan.

Turki

Selain perancangan disebalik tabir dari Gerakan Gulen, isu-isu yang terpalit kepada Erdogan tidak terkecuali untuk kita kemukakan, anaknya Bilal Erdogan menerima pertuduhan pecah amanah dan melakukan hubungan perniagaan dengan ahli perniagaan dari Arab Saudi, Ali-Qadi yang juga pemberi dana terbesar kepada pengganas Al-Qaeda.

Tunjuk perasaan

Bukan itu sahaja, bahkan beberapa anak menteri lain juga turut terpalit kes korupsi sehingga Erdogan terpaksa merombak kembali kabinet kerajaan selepas kes tersebut mendapat liputan yang meluas.

Erdogan

Ahmad Azam dan Najmuddin Mohd Nawi menulis dalam buku mereka, “Erdogan Bukan Pejuang Islam?” terbitan PTS Publishing House Sdn. Bhd. cubaan rampasan kuasa berlaku dan didalangan oleh gerakan Hizmet (atau kini digelar FETO oleh kerajaan Turki) kerana ia ditaja oleh pihak Amerika Syarikat untuk menamatkan kerjaya Erdogan.

Selepas kejadian itu seramai 400 orang ditahan atas dakwaan darurat, 40,000 orang awam ditahan, 80,000 diberhentikan kerja, 3,000 peguam dan pendakwa raya ditangkap, 2,000 lebih ahli akademik, dan 20,00 guru ditahan.

buku erdogan

Penulis buku “Erdogan Bukan pejuang Islam?” akan dijemput sebagai panelis di acara PTS PERDANA iaitu sebuah acara yang akan membincangkan dan membahaskan secara tuntas tentang Politik Turki dan Erdogan pada 30 Oktober 2016 ini di Putrajaya. Masuk adalah percuma dan semua rakyat Malaysia dijemput hadir.

Poster Erdogan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024