Artikel

Erti Sebenar Islam : Islam Menjawab 20 Hujah Mubaligh Kristian

oleh Nur Shabirah Yahya pada 20 Mar 2014

Penggunaan isu kalimah Allah semakin rancak diperdebatkan pada era ini.

Hal ini menarik minat masyarakat untuk mengetahui apa sebenarnya permasalahan yang cuba dipertahankan oleh masyarakat Islam di Malaysia berbanding negara Islam lain.

Ada yang berpandangan isu Kalimah Allah ini tidak sepatutnya dipertikaikan kerana semua agama diberi hak kebebasan kepada penganutnya untuk memilih agama yang ingin dianuti.

Ada yang menyatakan bahawa bukan agama islam sahaja yang menggunakan kalimah Allah dalam sistem keaagamaan mereka.

Ada yang mempertikaikan kewujudan penggunaan kalimah Allah dalam kitab yang digunakan oleh agama yang dianutinya.

Bagaimana dengan masyarakat Islam? Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia mengharamkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah?

Mengapa penggunaan kalimah Allah memberi tahap kerisauan yang tinggi kepada masyarakat  islam?

Semestinya generasi baru ingin tahu sebab perkara tersebut berlaku dan mengapa kita perlu pertahankan hak penggunaan kalimah Allah.

Mengapa timbul isu yang membawa kepada tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Katolik?

Buku terbitan terbaru PTS Islamika yang berjudul Islam Menjawab 20 Hujah Mubaligh Kristian memberi banyak input berguna kepada pembaca disamping membantu menjawab permasalahan yang membelengu minda masyarakat.

Buku ini merungkai 20 soalan yang mampu mengugat keimanan masyarakat dengan harapan akan mencerahkan dan memasak kembali iman dalam diri muslimin dan muslimatnya.

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024