Februari 2018, Bookcafe.com.my Lancar Diskaun Menjadi-Jadi Selama 8 Hari Sahaja

oleh Bookcafe.com.my pada 05 Feb 2018

Pada hari ini, Bookcafe.com.my melancarkan diskaun Menjadi-jadi di website mereka selama 8 hari sahaja. Bermula pada hari ini, 5 Februari sehingga 12 Februari 2018. Jika anda peminat buku, mungkin ini peluang yang tidak boleh anda lepaskan untuk membeli koleksi buku-buku yang ada dipasaran sekarang.

bookcafe.com.my

Diskaun yang ditawarkan bermula serendah 10% sehinggalah setinggi 80%. Selain itu beberapa buku terpilih ditawarkan dengan harga cuma RM1 dan RM10. manakala, Yasin ditawarkan dengan harga serendah 50 sen sahaja.

Hairul Bookcafe

Ketua Pegawai Eksekutif Bookcafe.com.my, Hairul Faizal Adli dalam status facebooknya menulis, mereka tidak akan sesekali berhenti untuk memberi kepuasan & pengalaman terindah buat semua pelanggan di Bookcafe.com.my.

Buku-buku dari Terfaktab Media, Lejen Press, Puja Buku, Rabak-Lit, Selut Press dan Thukul Cetak, dijual dengan harga serendah RM10 sahaja. Selestial, Fujiyama, Orkes Masyarakat Manusiawi dan Evasion antara buku yang ramai orang cari.

Bookcafe

Selain itu, sepanjang 8 hari ini sahaja, Bookcafe.com.my akan adakan Pesta Novel Online. Antara penerbit yang terlibat termasuklah Penerbit-X, Kaki Novel, Karya Seni, Fajar Pakeer, Penulisan2u, Gedebook, PTS dan Alaf 21. Kesemua novel-novel akan diberikan diskaun sebanyak 25%.

Bookcafe