Artikel

Filem The Post Wajib Ditonton oleh Semua Pengamal Media

oleh Asri Yussof pada 18 Mar 2018

Filem The Post yang mula ditayangkan di Malaysia pada awal mac lalu tidak begitu menjadi bualan hangat di Malaysia jika ingin dibandingkan dengan filem Tomb Raider atau Black Panter yang ditayangkan lebih awal sedikit.

Mungkin promosi yang kurang diberikan perhatian membuatkan filem ini sedikit terkebelakang walaupun mempunyai kandungan yang lebih power jika ingin dibandingkan dengan kedua-dua filem tadi.

The Post mengisahkan tentang keberanian Katharine Graham ketika memimpin akhbar The Washington Post untuk menerbitkan cerita penglibatan Amerika di perang Vietnam.

Beliau adalah penerbit wanita yang pertama mempimpin akhbar utama Amerika – The Washington Post selepas kematian suaminya.

Filem The Post

(Foto – IndieWire)

Dengan bantuan editor dari Ben Bradlee, Graham akan mengejar The New York Times untuk mendedahkan rahsia kerajaan yang meliputi tiga dekad dan empat presiden A.S..

Bersama-sama, mereka mesti mengatasi perbezaan mereka demi risiko keatas kerjaya mereka yang mungkin bakal dipenjara.

Demi semangat mempercayai kepada erti kebebasan – untuk membantu membawa kebenaran yang telah lama dikebumikan.

The Post betul-betul memfokuskan kepada 2 watak utama, Katharine Graham (lakonan Meryl Streep) dan Ben Bradle (lakonan Tom Hanks).

Dari filem ini kita saksikan perit getir seorang editor untuk membawa suara rakyat dan seorang pengurus besar wanita untuk menguruskan syarikat supaya tidak muflis dan wartawan dibayar dengan setimpal.

The Post

(Foto – Variety)

Yang paling mengujakan dari filem ini adalah dialog dari babak terakhir. Petikan yang memberitahu, media seharusnya membawa aspirasi rakyat dan bukan berjuang untuk kepentingan kerajaan. “Akhbar harus berkhidmat kepada rakyat.. bukan kepada kerajaan.”

Pujian boleh diberikan kepada tim artistik yang menyiapkan set dengan begitu tepat dan kena dengan masa waktu pada awal 197o-an. The Post mula ditayangkan di Amerika pada akhir 2017 dan telah dipilih oleh majalah Times sebagai salah satu daripada sepuluh filem terbaik tahun 2017.

The Post

(Foto – Variety)

The Post wajar dipanjangkan lagi. Mungkin lebih baik selama 2 jam 30 minit dan keatas atau 3 jam kerana konflik dan debaran yang ditunjukkan tidak begitu memadai untuk menunjukkan kerja keras para wartawan untuk memberikan cerita yang terbaik untuk para pembaca melalui akhbar (pada zaman dahulu).

Beli buku secara online di sini. Lebih Mudah dan Jimat. Serta Pantas dan dihantar ke seluruh Malaysia dan luar negara

Filem ini bercakap untuk semua pengamal media dan suara-suara rakyat yang inginkan keadilan dan berita yang tepat disampaikan kepada mereka. Untuk ahli politik yang menggunakan wartawan sebagai kepentingan peribadi, filem ini akan memberi tamparan yang hebat kepada anda semua.

Untuk mereka yang mahukan keberanian dan aspirasi wanita, serta yang berminat dan bercita-cita untuk bekerja di bilik berita, filem ini wajib untuk anda tonton.

The Post dijangka berakhir tayangannya pada 21 Mac ini dan tinggal 9 pawagan sahaja lagi yang bakal menayangkannya. Anda boleh lihat di sini

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024