Artikel

Gagasan Besar HAMKA Dalam Tafsir Al-Azhar Perlu Dibangunkan

oleh Asri Yussof pada 20 Dec 2016

Tafsir Al-Azhar Juzuk-30 yang dikarang oleh HAMKA berjaya dilancarkan di Simposium HAMKA yang diadakan pada 17 Disember 2016 beberapa hari lalu.

Pelancaran Tafsir Al-Azhar Juzuk 30 disempurnakan oleh Profesor Emeritus Abdullah Hassan bersama Prof. Madya Dr. Mat Rofa.

Prof. Abdullah

HAMKA atau nama sebenarnya Abdul Malik Karim Amrullah (Prof.) adalah ulama yang bukan sahaja mampu bergiat dalam bidang keagamaan, falsafah dan politik sahaja.

Malah kesusasteraan juga, inilah yang menjadikan beliau sedikit berbeza berbanding ulama-ulama Melayu yang lain.

Tafsir Al-Azhar dihasilkan oleh HAMKA ketika berada di dalam penjara ketika zaman pemerintahan Seokarno. Tafsir yang sudah ditulis pada zaman yang sudah moden pada ketika itu begitu terkehadapan.

Beliau adalah ulama Melayu pertama pada ketika itu yang berjaya menulis sebuah tafsir Al-Quran yang lengkap.

Tafsri al-azhar juzuk 30

Ketika menyampaikan ucapan aluan, Prof. Emeritus Abdullah Hassan menginbau kembali kenangan beliau ketika menetap di Gunung Semanggol dahulu.

Katanya HAMKA sering diundang di sana dan disebut-sebut sebagai ‘pujangga’,

Dalam ucapannya juga, Prof. Abdullah berkongsi cerita HAMKA ketika kecil yang bergitu berminat dengan buku-buku cerita sehingga datang ayahnya, beliau cepat-cepat menutup buku cerita dengan kitab-kitab ketika pengajian.

Teori Interteks dari Barat memberitahu, kita tidak akan pernah mengungkapkan sebarang ayat atau cerita baru melainkan setelah kita membaca.

Apabila kita melihat kepada teori ini, barulah kita memahami kerana bacaan buku-buku cerita ketika zaman remaja HAMKA maka beliau dapat mengungkapkan kembali dalam versinya, Dibawah Lindungan Kaabah, Merantu ke Deli dan novel-novelnya yang lain.

Tafsir Al-Azhar Juzuk 30 ini adalah tafsir kedua yang diterbitkan oleh PTS Media Group Sdn. Bhd. Pertama kalinya diterbitkan Tafsir Al-Azhar Juzuk 1,2, & 3 dalam satu jilid.

Selepas ini, PTS akan menerbitkan Tafsir Al-Azhar yang bermula dengan Juzuk -30 ini dengan saiz yang lebih mudah dibawa, tidak berat dan harganya mampu milik.

Dengan harapan gagasan HAMKA yang terkandung didalam Tafsir Al-Azhar ini boleh tersebar dan dibangunkan.

Dr. mat rofa

Mengakhiri ucapannya di Majlis Pelancaran itu, Prof. Abdullah berharap agar usaha PTS menerbitkan semula karya-karya Buya HAMKA ini dapat memberi inspirasi kepada semua orang yang membacanya dan terus bercita-cita menjadi orang besar.

Besar disini saya maksudnya, besar jiwanya, besar cita-citanya, besar budinya, besar falsafahanya dan besar usahanya untuk mencapai apa yang dimahukan dalam hidupnya dan menjadi manusia yang banyak memberi manfaat kepada ramai orang.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024