Artikel

Gempa Bumi di Palu- Kenapa Kita Suka Cari Salah Dosa Siapa

oleh Asri Yussof pada 04 Oct 2018

Gempa bumi yang baru sahaja berlaku di Palu dan Donggala Indonesia pada jumaat lalu begitu memberi kita semua kesedaran bahawa bila-bila masa sahaja kemalangan boleh berlaku. Tidak ada notis atau memo pemberitahuan terlebih dahulu.

Kematian angka korban yang direkodkan seramai 1.374 orang. Ombak setinggi 1.5 meter membadai bandar dengan 350,000 penduduk di pulau Sulawesi itu di wilayah Donggala di utara Palu. - AFP

Indonesia berada di dalam lingkaran api pasifik, ia adalah sebab utama kenapa di sana sentiasa berlaku gempa bumi. Lingkaran api pasifik atau dalam bahasa Inggerisnya adalah Ring of Fire, di mana banyak gempa bumi dan letusan gunung berapi berlaku. Dalam bentuk 40,000 km ladang kuda yang besar ini, ia dikaitkan dengan siri paruh samar yang berterusan, arka vulkanik, dan tali pinggang gunung berapi dan gerakan plat. Di dalam lingkaran ini Ia mempunyai 452 gunung berapi.

Gempa bumi yang terkuat sepanjang sejarah manusia pernah terjadi di Chile pada 22 Mei 1960. Gempa berlaku selama 11 minit tanpa henti.

Gempa terkuat sepanjang sejarah manusia terjadi di Chile, South Amerika. Hari itu, 22 Mei 1960 bumi berguncang hebat selama 11 menit. Sehari kemudian, tsunami setinggi lebih dari 5 meter menerpa Jepun, 138 orang menjadi korban. Ombak gergasi berpindah ke Samudera Pasifik, menuju Filipina—menyebabkan 32 orang korban atau hilang—kemudian ke pantai barat AS dan menciptakan kerusakan di California.

Gempa Chile 1960 adalah yang terbesar yang pernah tercatat sepanjang sejarah, meski bukan yang terburuk.- CNN.

Pada 27 Maret 1964, sekitar pukul 17.36 waktu setempat, sebuah gempa besar mengguncang kawasan Prince William Sound di Alaska. Akibatnya, 15 orang korban gempa dan 113 orang korban akibat tsunami. - liputan6.com

Gempa bumi Lautan Hindi 2004 berlaku pada 00:58:53 UTC pada 26 Disember, dengan pusat episentrum di pantai barat Sumatera Utara dan magnitud 9.1-9.3 Mw, mencapai intensiti Mercalli hingga IX di kawasan-kawasan tertentu. - Wikipedia.

Gempa bumi 2004 juga antara yang terburuk. Bukan sahaja di Sri Lankar, malah ia menyebabkan tsunami sehigga ke Aceh, malah hingga merasa ke Batu Ferengghi di Pulau Pinang juga. Sejarah ini mungkin yang akan kita ingat sampai bila-bila.

Apa pun yang berlaku, reaksi kita yang pertama bukanlah mencari salah siapa. Tetapi yang paling utama adalah kita menghulurkan bantuan dan doa. Dengan mencari salah siapa atau ia berlaku angkara dosa apa bukanlah sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah. Biar yang mengadili itu hanya ada di tangan Yang Maha Esa. Kerja kita hanyalah mengulurkan bantuan dan doa.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024