Artikel

Hadiah Awal Tahun: Penutup Botol Iman Jadi Semagat Pelajar Masuk Sekolah

oleh Roziyah pada 03 Jan 2012

Tahun 2011 baru sahaja melabuhkan tirainya beberapa hari lalu. Kini pastinya ibu bapa serta anak-anak teruja dengan sesi persekolahan yang akan bermula pada 4 Januari 2012.

PTS One Sdn Bhd yang menerbitkan buku kanak-kanak dan remaja membawakan buku menarik dan meningkatkan semangat pelajar sempena sesi persekolahan yang baru bermula ini.

Buku Penutup Botol Iman hasil terbitan PTS One ini boleh dijadikan hadiah istimewa kepada anak-anak yang baru melangkah ke sesi persekolahan pada tahun 2012 ini.

Penulisnya, Puan Nora Herni menjelaskan buku Penutup Botol Iman sesuai dijadikan bahan bacaan anak-anak bagi meningkatkan semangat sesi persekolahan yang baru ini.

“Mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang dilanda kerisauan apabila anak-anak mereka gemar bermain sehingga lupa dengan matlamat asal mereka dalam menuntut ilmu. Buku ini menghidangkan kisah Iman yang sedar bahawa nombor bukanlah ukuran dalam pelajaran tetapi kualiti menuntut ilmu itu sendiri.” jelas Puan Nora Herni.

Puan Nora Herni berharap melalui pembacaan buku ini, anak-anak atau mereka yang bergelar pelajar dapat mengejar ilmu yang sebenarnya dan bukan sahaja mengejar grade.

“Kejarlah nilai dalam menimba ilmu, bukan mengejar grade A. Nilai dalam memahami dan meraikan ilmu itu adalah segalanya. Melaluinya kita dapat mengaplikasikan ilmu dalam dunia sebenar yang lebih mencabar.” jelas beliau lagi.

Sebagai maklumat, buku Penutup Botol Iman ini merupakan kesinambungan kisah Iman dalam buku pertama hasil tulisan Puan Nora Herni iaitu Lagi-Lagi Botol Air.

Penutup Botol Iman mengisahkan Iman yang leka dengan hobi barunya bermain batu seremban dan gelang getah. Akibat terlalu leka bermain, pembelajaran Iman semakin merosot, begitu juga dengan keputusan peperiksaannya. Ikuti kisah menarik Penutup Botol Iman yang akan masuk ke kedai-kedai buku pada penghujung bulan ini.

Layari juga www.bookcafe.com.my bagi membeli secara online dengan diskaun yang hebat.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024