Artikel

Haiwan Istimewa : Kenali 10 Haiwan daripada Al-Quran & Hadis

oleh Nabilah Huda Megat Mohamad Hamdan pada 29 Aug 2014

Buku ini menceritakan kepada pembaca tentang 10 haiwan daripada Al-Quran dan Hadis. Kenali 10 Haiwan daripada Al-Quran dan Hadis dapat membantu para pembaca mengenali dan mengetahui dengan lebih mendalam tentang kisah-kisah haiwan yang Allah s.w.t. sebutkan dalam Al-Quran. 

Selain daripada ilustrasi yang menarik dan 100% halaman berwarna, buku ini juga mengandungi suku kata, kosa kata, dan informasi sains. Kosa kata terdiri daripada bahasa Arab, bahasa Inggeris, dan juga tulisan jawi bagi perkataan-perkataan yang terpilih dalam kisah-kisah haiwan.

Kenali 10 Haiwan daripada Al-Quran dan Hadis sesuai dibaca oleh semua golongan pembaca terutamanya kanak-kanak. Penggunaan bahasa yang menarik serta gambar rajah yang cantik ini dapat memberi kefahaman yang lebih jelas. Dapatkan buku ini di kedai berhampiran atau secara online di www.bookcafe.com.my.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024