Artikel

Hanya yang Bestseller: SMILE dan Anda Bertanya, Prof. Muhaya Menjawab

oleh Masliza Nawi pada 15 May 2012

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 yang lalu, PTS Millennia melancarkan buku-buku terbaru mereka dan kini sedang hangat dipromosikan iaitu SMILE dan Anda Bertanya, Prof. Muhaya Menjawab.

Dengan tagline ‘Hanya yang Bestseller’, PTS Millennia sentiasa mendapatkan penulis-penulis tersohor bagi sama-sama menerbitkan buku bersama PTS. Terkini, dua personaliti terbaik menyertai kumpulan penulis PTS iaitu Cik Irma Hasmi dan Prof. Dr. Muhaya.

Irma Hasmi dengan sinergi penulis PTS, Zamri Mohamad bersama-sama menulis sebuah buku motivasi berjudul SMILE. Buku ini mengandungi kisah-kisah yang menginspirasikan Irma sehingga beliau berhijrah dengan imej baru. SMILE adalah akronim bagi:

S - Skil

M - Motivasi

I - Inspirasi

L - Luar Biasa

E – Elegan

Prof. Dr. Muhaya pula muncul dengan buku terbaru iaitu Pelajar Bertanya, Profesor Dr. Muhaya Menjawab. Buku ini menghimpunkan soalan-soalan berkenaan pelajar yang merangkumi pelajaran, fesyen, perhubungan, kesihatan, kewangan, dilema dalam diri, persahabatan, politik, dan disiplin. Soalan-soalan ini dijawab oleh penulis menggunakan pendekatan psikologi, agama dan pengalaman.

Pastinya dua buku ini mampu menyuntik semangat buat pembaca-pembaca semua. Bagi mendapatkan butiran lanjut, klik pada butiran buku dibawah.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024