Artikel

Hari kedua PBKKL: Pembeli Bertuah Menang Hamper PTS

oleh Roziyah pada 23 Dec 2010

Hari kedua Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur (PBKKL) menjadi hari bertuah kepada cikpuan Welma La’anda apabila menerima hamper istimewa khas dari PTS.

Beliau yang datang darmbei Kulim Kedah menjadi pembeli pertama membeli buku PTS melebihi RM500.

Beliau yang melahirkan rasa gembira kepada warga PTS menyatakan buku-buku pembeliannya khas bagi menubuhkan perpustakaan mini IKRAM iaitu satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kawasan Kulim, Kedah.

Hasil sumbangan orang ramai digunakan bagi membeli buku-buku terbitan PTS dan akan diletakkan di perpustakaan mini bagi menggalakkan kanak-kanak membaca.

Bagi menghargai pembeli, PTS menyediakan hamper kepada pembeli bertuah yang membeli buku-buku PTS bernilai RM500 ke atas.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024