Artikel

Hari Ketiga PBKKL: Gadis Cina Minat Buku-Buku Berbahasa Melayu

oleh Roziyah pada 24 Dec 2010

Hari ketiga Pesta Buku Kanak-Kanak (PBKKL), PTS dikunjungi oleh seorang gadis cina yang meminati buku-buku Bahasa Melayu terbitan PTS.

Beliau yang dikenali sebagai Cikpuan Patricia menganggap buku-buku berbahasa Melayu terbitan PTS membuatkan beliau lebih memahami budaya tempatan selain memantapkan penguasaan Bahasa Melayu.

“Jika kita sebagai rakyat tidak menghargai Bahasa Melayu, bagaimana bangsa lain mahu menghormati kita kerana bahasa menonjolkan kekuatan bangsa itu sendiri,” jelas Cikpuan Patricia.

Cikpuan Patricia yang meminati penulis seperti Nisah Haron dan Faisal Tehrani berkata melalui pembacaan buku-buku Bahasa Melayu, ia dapat memberi pengalaman.

“Penulis memberikan pengalaman dalam karya mereka dan kita sebagai pembaca dapat mengambil pengalaman tersebut dan dijadikan sebagai pelajar dalam kehidupan. Buku-buku ini juga dapat memotivasikan kita,” jelas Cikpuan Patricia lagi.

Ketika ditanya asal lahirnya minat membaca buku Bahasa Melayu, beliau menjelaskan yang beliau membaca buku Bahasa Melayu sejak dari sekolah menengah lagi

Bagi gadis cina yang berusia 24 tahun ini, membaca buku memberi nilai yang tersendiri. Walaupun ada dalam kalangan rakan-rakan yang pelik apabila beliau membaca buku Bahasa Melayu, namun itu semua tidak dipedulikan kerana bagi beliau membaca buku memberi nilai yang tersendiri.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024