Artikel

Hari Pertama PBKKL: Kuiz Bersama Penulis Teen Meriah

oleh Roziyah pada 22 Dec 2010

Sebentar tadi berlangsungnya kuiz bersama penulis Teen. Pengunjung cilik berpeluang memenangi hadiah menarik yang disediakan khas daripada PTS One Sd. Bhd.

Pengunjung yang hadir berpeluang mendapatkan hadiah-hadiah menarik dengan menjawab soalan yang disediakan.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang beramah mesra dengan 3 penulis remaja iaitu Puan Ilya Ilias yang menghasilkan buku Nujum Cik Belalang, Cikpuan Nor Zahidah yang menghasilkan novel O.T.A.I (Tunjuk Bakat) dan Firaz Firzana melalui novelnya Siapa Lebih Popular.

Pengunjung dapat mengetahui lebih lanjut mengenai novel-novel yang dihasilkan oleh 3 penulis hebat ini.

Selain beramah mesra dan membawa pulang hadiah, pengunjung juga berpeluang mendapatkan tandatangan dan bergambar bersama penulis-penulis Teen ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024