Artikel

Hati-Hati, Pergerakan Anggota Badan Anda Dapat Dibaca

oleh Wan Nor Ashikin pada 07 Oct 2017

Sudahkah kita cuba untuk memahami perihal watak seseorang? Pernah berkomunikasi dengan seseorang dan respon yang diberikan tidak seperti yang diharapkan? Sungguh dunia terasa seperti gelap seketika. Sebenarnya, 50% - 70% daripada komunikasi yang terjalin datangnya daripada bahasa badan, dan bukannya daripada perkataan yang diucapkan.

Sesetengah orang beranggapan, mempelajari kemahiran bahasa badan ini tidak mampu meletakkan mereka di kedudukan yang baik. Namun begitu, kajian daripada Allan dan Barbara Pease menunjukkan sekiranya kita mengubah bahasa badan, kita dapat mengubah banyak perkara dari segi pendekatan kita pada kehidupan seharian.

Allan & Barbara Peace

Buku yang dihasilkan oleh mereka berdua “The Definitive Book of Body Language”, yang telah terjual lebih 4 juta salinan dan membawa penulisnya kepada pengiktirafan antarabangsa, kita boleh belajar untuk membaca fikiran orang lain dengan gerak isyarat mereka. Kedengarannya agak tidak masuk akal, tetapi bahasa badan mudah digunakan jika kita pandai untuk menilai.

Mempunyai 18 bab utama, penulis membawa kita kepada maklumat penting iaitu mengenai komunikasi bukan lisan yang merangkumi isyarat bahasa badan selain membantu kita mempelajari bagaimana setiap bahagian badan mampu meningkatkan kualiti interaksi dua hala dalam kehidupan seharian.

Ada apa dengan isyarat tangan? Memang betul tangan cuma salah satu daripada anggota badan manusia, namun ramai yang tidak perasan tangan juga merupakan anggota yang paling berkuasa. Penggunaan isyarat tangan yang betul membolehkan tapak tangan pelaku menonjolkan kuasa autoriti secara halus.

Terdapat tiga jenis isyarat khusus yang digunakan dalam memberikan arahan iaitu posisi palm-up yang bermaksud seseorang yang tidak mendatangkan ancaman kepada kita. Isyarat palm-down pula menunjukkan si pelaku menggunakan kuasa autoritinya dengan memberi arahan, dan isyarat ketiga ialah palm-closed-finger-pointed.

Isyarat ketiga ini membentuk tangan seperti menuding jari ke arah seseorang. Ketiga-tiga isyarat ini sama sekali berbeza kerana ia membawa maksudnya yang tersendiri dan ia berkait rapat dengan gaya dan isyarat berjabat tangan.

Body Language

Allan dan Barbara Pease memberikan idea dan cara untuk mencipta kesaksamaan kerana apabila dua orang bersifat dominan bersalaman, kuasa simbolik akan berlaku.

Apa yang lebih menarik, isyarat bahasa badan ini sebenarnya mempunyai pelbagai tanggapan. Sebagai contoh, isyarat “thumbs-up” bermaksud “bagus” bagi masyarakat Barat, “satu” bagi masyarakat Itali, “lima” bagi masyarakat Jepun, dan bagi masyarakat Greece pula, ia membawa kepada isyarat lucah. Penting untuk kita mengetahui ilmu bahasa badan ini kerana ia boleh mengakibatkan berlakunya sesuatu yang akan mendatangkan keburukan kepada kita.

Klik di sini untuk membeli buku Body Language dari Allan & Barbara Peace Dengan Potongan Diskaun 20%

MENARIK: Perbezaan Psikologi Lelaki dan Wanita

Kepada mereka yang meminati permainan catur, anda boleh gunakan helah gaya ‘Steeple’, mungkin anda mempunyai peluang yang besar untuk memenangi permainan tersebut.

Allan Pease adalah pengarang dan penceramah motivasi dari Australia manakala Barbara Pease pula ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pease International, syarikat yang menghasilkan video, kursus latihan, dan seminar untuk perniagaan dan kerajaan di seluruh dunia.

Pesta Lelong Buku

Buku  “Body Language” ini telah terjual lebih 4 juta salinan telah membawa mereka kepada pengiktirafan antarabangsa. Allan dan Barbara Pease bergabung dalam satu pasukan penerbitan yang paling berjaya di Australia. Produk inspirasi mereka meningkatkan pertumbuhan peribadi dan organisasi di seluruh dunia.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024