Artikel

Ibu Ratu Hatiku: Young Aisyah: Sayang Umi

oleh Asmaa Nabilah Abd Rashid pada 25 Oct 2013

Kasih sayang Ibu lebih berharga jika hendak dibandingkan dengan wang ringgit dan ternyata kasih sayang itu sukar dicari ganti.

Tiada sesiapa di dunia ini yang dapat membeli kasih sayang itu walau diberi seguni emas sekalipun.

Begitulah kisah yang terdapat dalam novel kanak-kanak Sayang Umi. Dua beradik comel, Azirah dan Aisyah Sofea begitu menyayangi uminya, Puan Aminah.

Buku novel kanak-kanak yang diselitkan grafik karya Reja telah menerapkan tema kasih sayang dan kecintaan terhadap keluarga.

Sikap saling sayang-menyayangi dan bantu-membantu dapat menjadi amalan mulia yang boleh diteladani oleh anak-anak kecil.

Kasih sayang anak-anak terhadap Umi semakin menebal apabila mereka bakal mendapat adik.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menggembirakan Umi serta keluarga, dan ternyata usaha yang dilakukan itu amat bermakna ketika hari ulang tahun kelahiran Umi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024