Artikel

Ilmu Baru Sempena Hari Kantin: Young Aisyah Hari Kantin

oleh Siti Zulaikha Zaherman pada 01 Aug 2015

Bagi yang mengikuti siri Young Aisyah ini, pasti ramai yang sudah menanti karya Reja yang terbaru bukan? Apa yang dibawakan oleh Reja kali ini agak menarik iaitu ‘Hari Kantin’.

Siapa sahaja di dalam dunia ini tidak suka mendengar tentang Hari Kantin? Ia lebih kurang seperti festival yang menjual pelbagai makanan.

Selain daripada itu, pelbagai aktiviti menarik sepanjang festival itu akan diadakan dengan meriahnya.

Dalam topik Young Aisyah kali ini, banyak perkara menarik yang telah dilalui Aisyah semenjak dia pindah ke sekolah luar dari bandar Kuala Lumpur.

Aisyah juga telah mempelajari ilmu baru bersempena dengan Hari Kantin yang dianjurkan oleh sekolahnya.

 Ya, bak kata pepatah “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”.

Jadi apakah kaitan pepatah ini dengan siri Young Aisyah kali ini? Apakah yang berlaku pada Aisyah?

Kemudian, sepanjang Hari Kantin dijalankan apakah yang telah berlaku? Kenapa ada yang cuba membikin kekecohan semasa Hari Kantin dijalankan?

Kenapa masih duduk termenung lagi? Kalau mahu tahu kisah selanjutnya, teruskan membaca Young Aisyah: Hari Kantin.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024