Artikel

Isi Hujung Minggu Anda Dengan Buku - Hadir ke Acara Beauty and The Brain di Publika Hari Ini

oleh Asri Yussof pada 07 Apr 2018

Untuk peminat buku di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, acara Beauty And The Brain pasti manjadi tarikan utama untuk anda hadiri. Acara yang bermula sejak semalam dan akan melabuhkan tirai pada hari ahad ini menggabungkan dari banyak penerbit buku, penulis, pemuzik dan ahli politik.

Beauty And The Brain adalah sebuah acara yang mengabungkan sastera, seni, muzik, kesihatan dan kecantikkan ini yang berlangsung di Publika, Kuala Lumpur.

Antara aktiviti-aktiviti yang bakal berlaku antaranya:

1. Persembahan dari artis dan band tempatan

2. Jualan buku dan produk kecantikkan/fashion

3. Diskusi forum tentang wanita

4. Diskusi buku dari penulis wanita

5. Zumba

6. Tutorial fesyen.

Sesuai dengan tajuk acara Beauty And The Brain, program ini bakal menggabungkan dua ahli politik wanita muda iaitu Dira Abu Zahar (UMNO) dan Young Shefura (DAP) pada petang ini pukul 6 petang. Mereka akan mengupas topik Wanita dan Politik.

beauty and the brain

Selain mensasarkan kepada peminat-peminat buku, acara ini juga menjadi acara pertemuan anda peminat dan selebriti seperti Radhi OAG, Qi Razali dan ramai lagi. Anda juga mendapatkan buku-buku PTS di sepanjang acara ini berlangsung.

Berikut ini adalah tentatif acara yang bakal berlangsung sepanjang acara ini berlangsung,

Sabtu [7 April 2018]

12.00 pm – Pelancaran novel dari Penerbitan Roman Buku

2.00 pm – Persembahan artis dari Radhi OAG

3.30 pm - Persembahan artis dari Jenny’s N The Melody (Amir Jahari)

5.00 pm – Hashtag Media Fleek Up App - Make-up Artist Platform

6.00 pm - Forum bersama ikon, Dira Abu Zahar dan Young Syefura . Perbincangan wanita dan politik negara.

The Square (Pentas besar di luar Publika)

10.00 am hingga 3.00 pm - Demo dari Watercolour Society.

6.00 pm - Fit with Azlin Aziz, Zumba Fun.

Ahad [8 April 2018]

12.00 pm – Persembahan dari Band dari Ocean Light

2.00 pm - Persembahan dari band A.Limin (Seikan No)

3.00 pm – Bicara Buku bersama Bella Zamri - Penulis The Boys Who Lost His Sight & Ashikin M - Penulis Si Romantik Yang Sudah Mati

4.00 pm – Forum bersama Qi Razali. Lelaki melakukan kerja wanita.

5.00 pm – Forum Travel dan Aktivisme bersama Khairul Jamain dan Munirah - “Masih ada yang tertinggal di antara kita”.

The Square (Pentas besar di luar Publika)

10.00 am hingga 3.00 pm - Demo dari Watercolour Society.

6.00 pm - Fit with Azlin Aziz, Zumba Fun.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024