Artikel

Isu-Isu Sensitif Dalam Setiap Agama Yang Ramai Tidak Tahu

oleh Siti Munira Abdul Rashid pada 28 Oct 2016

Masyarakat Malaysia ialah sebuah masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang agama, bangsa, bahasa dan budaya dengan keunikannya sendiri.

Kemajmukan ini sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang multi-agama dengan keunikan tersendiri. Namun begitu, masih ramai masyarakat Malaysia yang tidak tahu isu-isu sensitif dalam agama yang berbilang kaum di Malaysia ini.

Isu ini menyebabkan sesetengah pihak tersinggung dan menjejaskan keharmonian negara.

Berikut antara isu-isu sensitif dalam agama-agama di Malaysia:

1. Isu sensitif dalam agama Islam

Isu di Rohingya adalah satu isu yang besar, terutama bagi umat Islam. Pada awalnya, ia adalah isu perbalahan etnik dan sifat rasis masyarakat Myanmar daripada suku Rakhine yang membunuh penduduk Rohingya.

Tetapi, akhir-akhir ini, ia lebih bersifat perbalahan agama apabila ketua bikhu Buddha Myanmar yang bernama Wirathu sudah mengisytiharkan perang dan membolehkan bagi membunuh umat Islam di Rohingya.

myanmar

Ini adalah kes yang terpencil, malah tindakan penganut Buddha di Myanmar juga dikritik hebat oleh bikhu-bikhu di negara jirannya. Keganasan dengan menggunakan nama agama sering terjadi di mana-mana.

        Sebagai contoh, mufti mengeluarkan fatwa menghalalkan darah orang awam yang menyertai himpunan pada malam tahun baru dengan mengisytiharkan bughah (penderhaka) dan kerajaan perlu perangi mereka. Perkara ini menjadi persoalan yang besar kerana menghalalkan darah orang Islam sendiri lebih teruk daripada kes di Rohingya. Di Malaysia juga wujud isu kafir harbi terhadap sesebuah parti yang tidak sealiran dengannya. Dengan kata lain, halal darah dan boleh golongan ini diperangi.

MENARIK: Lelaki Islam ini Pergi Kuliah Hindu

MENARIK: Bid’ah Perkara Paling Bahaya dalam Agama, Penyebab Lahirnya Pelbagai Aliran Agama 

2. Isu sensitif dalam agama Buddha

Perlu ditekankan bahawa Buddha bukan Tuhan. Ini adalah antara fahaman masyarakat awam terhadap agama Buddha. Patung Buddha itu tidak melambangkan Buddha adalah Tuhan.

Mereka menyembah dan bersembahyang di hadapannya adalah untuk berdoa bagi mengambil berkat atas kehidupan Buddha yang mencapai tahap nirvana (Kemuncak jalan Buddha).

budhha

Ramai ilmuwan dan para alim ulama mengungkap tuhan bermata sepet, perut buncit, bersila tidak bangun-bangun, dan sebagainya. Ini adalah salah faham terhadap agama Buddha.

Mereka itu hanya patung Buddha dan orang alim dalam agama mereka yang sudah meninggal dunia. Mereka membinanya bagi memperingatinya kembali.

Di setiap Wat dan Kuil akan disediakan sebuah patung yang istimewa. Ia khas dituju kepada Gautama Buddha.

3. Isu sensitif dalam agama Hindu

Zaman persekolahan adalah zaman paling kreatif mengolah nama panggilan kepada sahabat. Sekiranya sahabat memiliki bibir yang tebal,

Maka dipanggil sahaja dengan nama bibir sehingga nama sebenarnya tenggelam disebabkan nama gelarannya. Gelaran dan panggilan ini kebanyakan adalah sensitif dan menyakitkan hati.

Rutinnya anak-anak Melayu suka memanggil anak India dengan panggilan Keling dan Paria. Perlu diingatkan bahawa panggilan ini sensitif kepada kaum India.

keling

Perkataan Keling berasal daripada bahasa Sanskrit “Kalingga” yang merujuk kepada sebuah daerah di India Tenggara.

Perubahan istilah ini mungkin juga disebabkan orang India sendiri memandang rendah mereka yang berasal dari India Selatan dan tidak mahu dikaitkan dengan panggilan Keling.

Daripada segi sejarah, kebanyakan pendatang dari India yang awal bekerja di ladang dan dikenali sebagai Keling. Oleh itu, apabila mereka mencapai tahap ekonomi yang lebih tinggi,

Mereka mahu menjauhkan diri daripada gelaran yang mempunyai stigma kelas bawahan.

Orang yang beragama menggunakan agama untuk kepentingan kelompok yang menyebabkan wajah agama itu rosak di mata masyarakat.

Agama itu rosak bukan disebabkan orang awam, tetapi orang yang beragama itu sendiri yang merosakkannya.

Untuk bacaan lebih lanjut, pembaca boleh dapatkan buku Kau Sembah Apa? Terbitan Puteh Press.

kau sembah apa

MENARIK: Dapatkan Tawaran Hebat di  Bookcafe.com.my

Dalam buku ini penulis mendedahkan usahanya menemui ‘ulama’ mereka, membaca buku agama mereka, memahami salah faham yang terjadi terhadap agama mereka, dan pergi ke kuil dan gereja untuk memahami agama mereka.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024